18 March, 2011

SELAMATKAN PAHANG !


Sebuah shopping kompleks yang dibina oleh kerajaan 'bulan' Pas


Pas 'kununnya' berhasrat menawan Pahang. Maka bermimpilah mereka disiang hari. Peningkatan undi dan pengaruh pakatan haram pembangkang dalam PRU12 lalu memberi mereka semangat. Mereka merasakan pengaruh mereka sudah makin meningkat. Memang ada beberapa DUN yang dikuasai atau penah dikuasai pembangkang dahulu, tetapi itu bukannya sokongan padu dan teguh rakyat, itu sekadar undi protes serta undi belot dari cas keting orang UMNO sendiri.

Para pemimpin Pas menanam harapan untuk menjadi pemimpin Pahang. Masing-masing sudah berkira-kira siapa  menjadi MB serta exconya. Maka adalah yang senyum meleret sampai ketelinga. Seorang 'budak' yang melompat dari PKR untuk duduk bersama Pas (Klik Sini)  pun tumpang senyum tetapi kemudian dia di 'kuis' jauh. Kesian dia.

Untuk cita-cita itu, Pas membina laman blog 'Selamatkan Pahang' Rakyat hendak juga bertanya beberapa soalan: Tidak selamatkan Pahang ketika ini? Jika tidak selamat dari angkara apakah atau siapa kah? Membaca dilaman blog Pahangku (Klik), kita lebih setuju bahawa Pahang akan lebih selamat tanpa Pas.

Pas dilihat sebagai parti yang sanggup 'menggadai' apa saja demi mencapai cita-cita mereka untuk berkuasa. Dalam Pas mengkafirkan dan mengharamkan UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC, mereka boleh pula berkerjasama dengan DAP yang nyata lebih rasis dan chauvanis. Dalam kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC, UMNO masih memeggang kuasa, tetapi dalam kerjasama Pas dengan DAP dan PKR, Pas dikuasai dan ditungangi. Disinilah perbezaannya diantara kedua-dua parti yang mewakili bangsa Melayu ini.

Kepada ahli-ahli Pas yang 'kununnya' berusaha untuk selamatkan Pahang, saya sarankan mereka, andai merasakan Pahang tidak selamat untuk mereka, maka berhijrahlah mereka semua ke Kelantan yang sekian lama diperintah Pas, mungkin disana mereka akan temui kemakmuran dan keselamatan yang mereka cari.

Kepada rakyat Pahang, lihatlah foto dibawah ini untuk kita bandingkan pemerintahan Pas yang 'kununnya' sangat baik itu. Apakah kita ingin melihat Pahang menjadi begini dibawah Pas?  Mari kita selamatkan Pahang. Selamatkan Pahang dari Pas yang akan membawa kita kepada kemunduran seperti di negeri Kelantan.



Komplek perniagaan sebagai bukti kejayaan Pas memundurkan rakyat Kelantan



Tapak perniagaan sementara yang Pas ujudkan akan tetap sementara selama-lamanya



Kondo yang dibina oleh kerajaan 'bulan' Pas untuk kemewahan rakyat Kelantan




Sebuah lagi kondo mewah binaan kerajaan Pas



Banglo yang dibina kerajaan Pas di Pasir Mas



Supermarket termewah binaan kerajaan Pas Kelantan
(Seluas 3 KM - itu pun jika berjalan berpuluh-puluh kali)


Pas hanyalah sebuah parti yang penuh dengan retorik dan janji palsu. Bila mereka tidak mampu berikan kemewahan dan ekonomi kepada rakyat maka rakyat dijanjikan syurga. Bila rakyat menolak Pas maka rakyat dikatakan jahiliah. Lihatlah kesengsaraan rakyat jelata di Kelantan dan bandingkan dengan kemewahan pemimpin mereka.


Sumber dari blog: Kickdefella


5 comments:

Jeepers Creepers said...

kelantan sejahtera dibawah naungan nik aziz hehehe

oRang kAmpong said...

Apa ceta ladang rakyat.org kelantan dpt untong ke?

bRAVEhEART said...

Ladang Rakyat dan kambing Boer bukan menguntungkan rakyat, tetapi cari memajukan perniagaan kroni, tanya Husam Musam siapa yang dapat untung banyak, apa rakyat dapat dan apa kroni dapat? Hehehe, rakyat kelantan hanya nakkan syurga, kehidupan dunia hanya untuk pemimpin Pas saja, hehe

Anonymous said...

ceh barader, pahang yg ditadbir secara islam oleh amnu sejak jaman penjajah asyik bangkrap & nak bangkrap lagi, kajaan mung dok buak kondo? soping mall? hotel? hahahahah bangga aku.. mung dok mano dale 3 tepat tu.. sapo hok huni tepat tuuu mung? rakyat marhaen? hehehe pitih pitih pitih pitih

bRAVEhEART said...

Anon,
mu memang bodoh dan bengong, bila masa Pahang bankrup?yang kata Panhang bangkrup adalah pemimpin Pas yg nak menutup kelemahan mereka di kelantan. Belanjawan defisit itu adalah forecast sahaja, mu bodoh ekonomi duduk diam2. Hehe Bodoh dan sombong dio neh, bengong, celako..celako...celako..supo tok garu mu jugok

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...