Suara Anak Pahang - Perlu Baca

14 March, 2011

PAHANG DAILY MEROYAN LAGI?




1. Pahang Daily Online (PDO) adalah sebuah laman blog pro pembangkang. Lahir pada 2008 dengan post pertamanya pada bulan Ogos, seangkatan dengan blog BH dan kebanyakan bloggers BPN. Pada ketika itu pendiriannya adalah menyokong PKR, namun, PDO akhirnya hilang arahtuju apabila pengasasnya Cucu Mat Kilau (CMK) 'terbuang' dari parti. Dulu kita lihat blog PDO berlatarbelakangkan Biru Laut, kemudian jadi 'hijau katak pisang' dan terkini jadi 'kuning taik kucing'. Begitulah PDO berubah-ubah, bagaikan sesumpah, atau memang itu sumpahannya bagi PDO dan CMK sendiri.

2. BH, sebagai sahabat CMK telah cuba melonjakkan nama CMK dan telah cuba melobi untuk CMK dicalonkan oleh Pas dalam PRK Kerdau (Klik), tetapi entah apa malang nasib CMK, terbuang dari PKR kemudian tidak juga dihiraukan oleh Pas.

3. CMK dan PDO yang nyata selama ini tiba-tiba menyokong Dato' Saifuddin Abdullah dalam pertikaian Timbalan Menteri itu dengan bloggers. Sejak bila PDO lebih UMNO dari UMNO dan bloggers yang selama ini menyokong UMNO? Bahkan bloggers inilah yang selama ini membantu memenangkan calon-calon UMNO BN dalam kebanyakan PRK sedangkan PDO membantu menjahanamkan UMNO BN dan penyatuan serta kekuasaan Melayu. Nyata PDO hanya mencari ruang untuk menjalankan kerja-kerja syaitannya untuk menambah kekusutan yang ada.

4. Bloggers BPN adalah masalah dalaman kami sendiri. UMB dan UMNO adalah juga masalah kami sendiri juga. Yang PDO perlu perbetulkan adalah masalah dalaman PKR dan Pas dan DAP yang semakin kucarkacir dan tidak lagi relaven masa kini. Mimpi Pas untuk tawan Pahang yang diwar-warkan sudah jadi basi bersama airliur basi pemimpin Pas yang sudah tidak lagi dihormati oleh rakyat terutama pengundi baru. Fatwa menyesatkan telah banyak menyedarkan pengundi muda dari terus sesat dalam 'kerajaan bulan'.

5. Sedar bahawa sokongan terhadap Pas makin sedikit maka Pas sudah mula bertindak ganas dan menjuruskan fikiran penyokong muda tegarnya untuk bertindak ekstream, kearah militan. Justru pada PRK di Kerdau penyokong muda mereka bertindak ganas terhadap seorang exco kerajaan negeri Pahang. PDO menulis dan menuduh Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin telah memasuki kawasan Pas untuk lakukan provokasi. Masuk akalkah kenyataan itu? Beranikah DMS seorang diri untuk lakukan provokasi kepada sebegitu ramai penyokong Pas? Melainkan beliau memakai baju 'besi' atau diiringi oleh ramai pengawal. Dalam hal ini saya tak fikir DMS bersalah!

6. PDO dan CMK, BH seru supaya berubahlah dari terus dalam perjuangan yang sudah nyata sia-sia itu. Dalam PKR CMK tidak dapat apa-apa, kemudian 'kununnya' merajuk dan keluar parti, tetapi tiada siapa peduli. Pas pun nampaknya tidak ingin mengambilnya walau sebagai 'pencacai' sekalipun. Ini terbukti dalam PRK Kerdau, CMK ditemui mundar-mandir kehulu-kehilir dan tidak dipelawa oleh Pas untuk berceramah.

7. Dalam era baru UMNO dibawah pimpinan DS Najib ini, mereka yang menentang tidak akan dilayan, mereka yang mengampu bodek pun tidak akan dilayan. Hanya mereka yang benar-benar berkemampuan yang akan mendapat perhatian. Jangan berfikir lompat dari sana dengan membawa 'berpeti-peti kotak rahsia' akan diterima disini pula. Kepada CMK, satu saja nasihat saya, janganlah terlalu banyak melompat kerana jika tersilap lompat akan terlompat kedalam tong najis.

8. Khabarnya pada setiap Rabu CMK akan ada berlegar di sekitar lokasi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri. Eloklah tu menampakan wajah, tapi mulut tu kenalah selalu ditutup dari sentiasa menyebar fitnah mengenai UMNO dan kerajaan negeri. BH tak pernah  terhegeh-hegeh disana dan tak kenal sesiapapun exco kerajaan negeri, dan tak seorang exco kerajaan negeri kenal BH. Tapi BH menegur apa yang dirasakan salah tanpa ada udang diselabik batu. Ada apa disebalik batu CMK? Hehehe!

(PDO baca sini)

2 comments:

Anonymous said...

kahkahkah, CMK
dia ni bahan terbuang yg tak boleh dikitar semula dah....simpan pun buat semak je

cucu tok misai said...

cucu m.daud kilau tu memang muka tak malu bro, selalu nampak dia cuba masuk daun dgn puak2 exco kerajaan negeri, di belakang dia tibai orang tu, mmg dia pun jenis kaki main belakang. kihkihkih

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...