08 March, 2011

SAIFUDDIN ABDULLAH vs. BLOGGERS & SIBER TROOPERS ?





Ini mengenai seorang Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen di Temerloh, Pahang. Beberapa hari ini panas apabila beliau diserang para blogger. Keagkuhannya membuatkan blogger merasa lemak untuk membelasahnya. Justeru, beliau bukan saja diserang di blog bahkan di twitter juga. (Baca juga disini)

Malang kerana beliau masih belum sedar dan tidak mengakui peranan media sosial yang turut mengubah lanskap politik negara semenjak 2008 lalu. Bukan beliau seorang saja dalam UMNO yang masih berfikiran demikian, baru-baru ini saya sempat berbual dengan seorang exco kerajaan yang juga memandang negatif dan penuh prejudis terhadap peranan media sosial ini.

Mungkin mereka masih belum sedar bahawa para blogger pro kerajaan sedang hebat berjuang dengan blogger pro pembangkang untuk membantu mereka mengekalkan kedudukan mereka di kerusi mereka masing-masing. Yang menentang blogger pro pembangkang bukannya blogger UMNO atau blogger kerajaan, tetapi adalah blogger bebas yang simpati kepada UMNO dan kerajaan, apakah mereka sedar ini semua?

Sila baca CnP dari blog The Flying Kick dibawah ini:


Kemenangan UMNO-BN di Merlimau dan Kerdau rupa-rupanya tidak sahaja diraikan, bahkan mencetuskan pelbagai kontroversi melibatkan para pembesar UMNO sendiri. Sudah ada yang bertanya di sana sini dalam usaha untuk men'cover'kan diri. Ada juga yang terlepas cakap dan sekarang, diserang bertubi-tubi.

Mungkin suatu masa dahulu apa yang berlaku di dalam UMNO, jarang sampai ke pendengaran orang luar. Kalau keluar pun, ianya tidak seberapa. Zaman telah berubah. Selepas Tsunami 2008, setiap pemimpin UMNO diperhatikan dengan teliti, meskipun ramai yang berjaya melepaskan diri atau sengaja dilepaskan.

Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah 'mangsa' terbaru apabila pilihanraya kecil yang berlaku di salah sebuah DUN di Parlimen yang diwakilinya, memaparkan sikapnya yang sebenar.

Kalau PAS bising tentang Pengerusi DAP Pahang yang 'melarikan diri' ke luar negara apabila PAS bertanding di Kerdau, UMNO pula kehilangan Saifuddin meskipun Saifuddin tidak ke luar negara. Lebih malang lagi, cerita tentang Saifuddin yang sudah 10 tahun tidak menjengah kampung dan bertemu ibunya, menjadi bahan gelak tawa di gerai bertentangan dengan Command Center.

Jangan tanya sama ada perkara yang dijadikan bahan gelak tawa itu benar atau sebaliknya, kerana setakat yang duk ada sekarang ini, semuanya hanya hearsay semata-mata. Bagaimanapun apabila Saifuddin yang juga disyaki sebagai 'PKR Planted' dalam UMNO tidak terlibat secara aktif dalam pilihanraya di salah sebuah daripada DUN di Parlimennya, ia menjadi isu yang sangat besar.

Lebih malang apabila Saifuddin sendiri cuba bercakap besar dan cuba menunjuk angkuh, sekaligus menunjukkan dia juga adalah salah seorang daripada pemimpin UMNO yang sangat tidak peka, sangat tidak sensitif dan sangat gemar syok sendiri dengan alam fantasi ciptaannya.

Kesilapan Saifuddin ialah, dia barangkali beranggapan dunia masih lagi sebelum Mac 2008! Satu tanggapan yang sebenarnya membunuh diri.

Dan terlebih-lebih malang apabila beranggapan bahawa apabila media baru pro-UMNO bererti semua tindakan pemimpin UMNO akan diangguk-angguk dan tidak boleh menggeleng-geleng. Tanggapan itu sebenarnya hanya sesuai untuk orang dan juak-juak PAS yang akan mengangguk walau apa sahaja, sekalipun disuruh memamah taik dan menelan air kencing sendiri oleh para pemimpin mereka atas nama WALA'....   

Saifuddin Abdullah seharusnya faham bahawa media baru pro-UMNO bukannya salah satu unit dalam UMNO dan jauh sekali daripada menjadi entiti Unit Media Baru. Unit Media Baru tidak ada kena-mengena langsung para pengamal media baru. Kalau ada pun, mereka yang bernaung, entah sapa-sapa!!!


9 comments:

Anonymous said...
Saifuddin Abdullah harus bertaubat!

Anonymous said...
adakah najib terlepas pandang...

AKU PEDULI APA @ APA on March 7, 2011 11:11 PM said...
Marilah Saifuddin kata nak lawan dengan kami.

Aku tunggu bila2 saja

Anonymous said...
Najib perlu betaubat, keluarkan mangkuk hayun sekor ni. Meluat aku...

Anonymous said...
Kick his ass ... get out !!!

Anonymous said...
najib terlepas pandang...dia ingat orang Pahang OK kuttttt......

Anonymous said...
Alaaa...susah apa...
Orang mcm ni x payah simpan lama2.
sepak keluar jer nanti....
Kita penyokong BN bukannya mcm penyokong Pakatan....

Benda yg x betul harus dibersihkan, bukan disimpan...kasi cuci sebersih-bersihnya....

Kalau puak pakatan, dia org akan simpan,biar kotor janji ada kegunaanya....yg mereka marah kalau empunya diri keluar dengan rela hati akibat kesedaran diri....yg itu puak2 ni marah sangat...hehehehe, kalau buang dari parti tidak sekali.....

Cuba cari mana adun2 PAS yang kena tendang keluar?????? ada ker?????
yang rela keluar tu banyak ler...itu pun was2, takut tercerai isteri hahahahaha....

Puak pakatan ni puak rosak...mana ada akhlak2 mereka yg baik...semua penceramah2 mereka menjunjung dosa2besar akibat hari2 lempar fitnah..mana ada satu pun yg mereka fitnah dapat mereka buktikan???? kalau adun selising ngan perupok main puki, mereka2 ni mintak bukti...dah bagi bukti mereka boleh spin lagi.....hahahaha dah dasar Parti Amalan Syaitan, pengikut pun sama ler jugak....

Aku rasa nama PAS ni memang sesuai dgn apa yg aku katakan tadi...Parti Islam Semalaysia? sepatutnya PIS...awat leh jadi PAS...tuhan nak tunjuk kat kita semua...PAS tu Parti Ajaran Setan....

Anonymous said...
The stupidest and most sombong member of parliament ever produced by BN in Temerloh ... Kalau setuju, let's start battle cry against this asshole ...

bRAVEhEART on March 8, 2011 12:10 AM said...
salam bro, 
isu ini patut kita panjangkan lagi. minta tolong juga linkkan blog kecil saya...blogger pencacai dan blogger nyamuk

2 comments:

Anonymous said...

biasa la. ramai pembesar rasa diri besar dan cerdik melebihi org lain. dia ingat org suka benor kat dia. pembesar dok perasan depa bagus dan rakyat dok sokong. kalu ada prk lagi nanti, cuba blogger berdiam diri ... kita tengok macam mana pembesar nak ajak org pergi secara suka rela ... kalu cakap, pembesar dok dengar org keliling dia cakap, mana nak dengar org jauh cakap .... so perasan banyak la pembesar ni ...

Jeepers Creepers said...

nak balun ke dia ni bro?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...