04 December, 2010

HANGAT: BILA SUARA KETIGA SUDAH MENJERIT, TANDA RAKYAT SUDAH BANGKIT!





Setelah PKR kelihatan goyah dan berpecah-belah, ramai pihak meramalkan akan ada kuasa ketiga yang muncul mengisi kekosongan itu. DS Najib, minggu lalu menyatakan akan lahir kuasa ketiga selepas BN dan Pakatan Pembangkang. Kuasa ketiga itu datangnya dari parti politik baru yang ada pakatan untuk bergabung.


Namun sebelum kuasa ketiga yang dijangka akan lahir selepas Januari, tiba-tiba hari ini (Jumaat 3.Disember. 2010) telah lahir kuasa ketiga itu menunjukan kekuatanya. Siapakah mereka?

Mereka adalah terdiri dari gabungan Media Baru, Media Konvensional berserta NGO’s yang telah bangkit disana-sini dengan lantang menyuarakan berbagai desakan dan mengutuk pihak-pihak yang mengkhianati negara. Mereka tidak dipengaruhi kuasa politik namun bangkit atas kesedaran dan keinsafan untuk membela bangsa dan negara.

Laman-laman blog mesra kerajaan sejak beberapa hari lepas sudah mewar-warkan gerakan disana sini. Mereka terus menerus melapurkan perkembangan yang berlaku dan seruan mereka disambut juga oleh media konvensional. Akhirnya Suara Ketiga sudah menjerit. Rakyat sudah bangkit. Inilah satu reformasi dalam sistem demokrasi kita.

BACA DISINI:


2 comments:

Anonymous said...

bagus artikel ni bro, gua salute u

bRAVEhEART said...

Bro, lu salute artikel ni bagus? gua mmg bagus bro, hehe - mengembangkan hati sendiri....

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...