Suara Anak Pahang - Perlu Baca

29 May, 2012

AGAMA SUKU, POLITIK SUKU..... NIK AZIZ 3 SUKU




1. Nik Aziz semakin celaru menjelang PRU. Dalam hatinya masih ingin kekal berkuasa dan jadi MB sampai mati. Namun dikiri-kanan sudah ada sok-sek-sok-sek walaupun tidak secara jelas memintanya berundur.

2. Lebih 20 tahun Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz, tidak ada pembangunan serta kebajikan untuk rakyat yang mampu diberikan. Bekalan air masih keruh sebagaimana selebum merdeka dulu sehingga sebilangan rakyat lebih rela menggali perigi sendiri.

3. Mengharapkan bekalan dari kerajaan Kelantan adalah satu penantian yang sia-sia. Kepala pain bukan saja membekalkan air yang kotor dan keruh bahkan banyak kali apabila kepala paip dibuka, yang keluar bukannya air bahkan hanyalah ...'shisss' bunyi angin ibarat bunyi kentut dari jubur seorang tua.

4. Menjelang PRU13 Nik Aziz masih ingin bermain politik. Tiba-tiba beliau mendapat ilham untuk memungut derma bagi membina lebuhraya 4 lorong dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Rakyat miskin dikampong-kampong pedalaman tidak punya kereta besar yang boleh dipandu laju, bahkan mereka hanya mampu menaiki kenderaan awam, bas atau pun keretapi. Justeru untuk apa dan siapa lebihraya itu dibina? Yang mereka lebih perlukan adalah bekalan air bersih yang suci lagi mensucikan.

5. Nampaknya menjelang PRU, Nik Aziz yang terkenal sebagai Ulamak Politik itu masih gagal bezakan antara agama dengan politik bahkan beliau seringkali mempolitikkan agama demi untuk terus kekal berkuasa di Kelantan. 



No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...