15 May, 2012

TENGKU ABDUL AZIZ KELUAR DAP, DEMOKRASI SUDAH LENYAP...?




1. Lama menunggu kemanakah dan bagaimanakah seterusnya langkah dan sepak terajang DAP dalam politik tanahair kita. Akhirnya semalam, Tengku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan membuat pengumuman keluar parti. Itu berikut beliau dikenakan tindakan oleh parti kerana menyatakan ketidak setujuannya mengenai rusuhan #Bersih3 yang disokong oleh DAP.

2. Akhirnya rakyat sedar bahawa parti yang kononnya perjuangkan kebebasan bersuara dan demokrasi jelas tidak lagi membenarkan kebebasan bersuara seterusnya menyekat demokrasi didalam parti mereka sendiri. Bagi mereka, demokrasi hanya digunakan sebagai alasan untuk menjatuhkan kerajaan dan UMNO, namun apabila demokrasi yang sama digunakan didalam parti mereka maka mereka akan dengan keras menghalangnya.

3. PKR juga sama. Kerana itulah Anu arr kononnya tidak memeggang jawatan tertinggi didalam parti namun ianya mendapat kedudukan yang teratas tanpa ada sebarang pemilihan. Isteri, anak dan 'kekasih belakangnya' semua memeggang jawatan tertinggi parti. PKR adalah parti Anu arr sekeluarga. Siapa yang menentang akan dikenakan tindakan serta dipecat dari parti serta merta. Demokrasi apa kebendanya kalau begini?  

4. Jawatannya tanpa sebarang pertandingan meletakkan dirinya sebagai diktator. Jika dulu pembangkang  bertempik menganggap Dr Mahathir sebagai diktator kenapa tidak pula mereka suarakan perkara sama terhadap Anu arr? Mahathir dipilih dalam pemilihan parti sebagai presiden tetapi Anu arr tidak, bahkan beliau melantik dirinya sendiri. Sedangkan jawatan 'Tok Batin' orang asli pun dipilih dalam kalangan suku kaum mereka, nampaknya Anu arr dan PKR lebih primitif dari masyarakat orang asli.

5. Pas pun apa bezanya? Kuasa yang ada pada Mursyidul Am melebihi dari kuasa Presiden parti. Kasihan kepada Hj Hadi, pemimpin yang kehilangan kuasa terpaksa menurut saja dan akur kepada kata Nik Aziz.  Setiap kali Hj Hadi ingin membawa kearah perpaduan umah dengan menyatukan Melayu, ianya akan ditentang oleh Nik Aziz sehingga Hj Hadi terpaksa memasukkan semula kepalanya didalam cengkerang, seperti mana kura-kura yang ketakutan.

6. Nik Aziz bukan saja sebagai pemimpin didalam parti, malah dia dianggap sebagai nabi kepada pengikut parti yang taksub membuta tuli. Sehingga syurga dan neraka, halal dan haram, ayat-ayat Quraan dipermainkan dan jadi mainan kerana ingin mendapatkan kuasa. Kerana ingin berkongsi cita-cita ke Putrajaya, Pas sanggup mengadaikan perjuangan mereka untuk menegakkan hukum Islam. Jika dulu UMNO bersahabat dengan MCA dan MIC itu haram, maka kini mereka bersahabat dengan DAP sudah jadi halal. Jenerasi muda sudah bijak dalam politik dan tentu akan menolak perjuangan mereka yang sedemikian itu. Ramai yang yakin bahawa PRU13 nanti, kerajaan Kelantan akan tumbang kepada BN.

7. Di Pahang, 'Si Luncai' politik yang sudah terjun dengan labu-labunya tentu tersentak dengan pengumuman Tengku Abdul Aziz Ibrahim, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan semalam untuk keluar parti. "Suck-Mong-Koi' tentu selepas ini akan tentu akan gatal punggung melompat kesana-sini mencari arah tuju kerana ingin berpatah balik sudah terlalu jauh. Penacai DAP ini memang terkenal dengan 'mulut jubur ayamnya' dalam mengutuk kepimpinan DS Najib. Dia mungkin lupa bahawa dia itu siapa selama ini. Jika dia anak jantan silalah bertanding di Pulau Manis atau Pekan menentang PM sendiri, supaya mudah kita menconteng arang ke muka dan 'bontotnya' juga nanti.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...