07 May, 2012

UMNO SEMAKIN GAGAH MENJELANG PRU13




UMNO sebuah parti politik yang masih gagah dan disegani di Malaysia. UMNO telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin sama ada mereka kekal sebagi pejuang ataupun berubah sebagai petualang. Untuk tempoh yang masih panjang kerajaan akan tetap kekal diperintah oleh BN dimana UMNO sebagai tunjangnya. PM akan tetap dari kalangan pemimpin UMNO. 

Apabila Anu arr terbuang dari UMNO kerana keperibadiannya sendiri, beliau tidak terus menyertai parti lain dengan harapan untuk ada peluang dan ruang yang terbuka baginya kembali kepada UMNO dan jadi pemimpin seterusnya PM Malaysia. Itulah harapan dan cita-cita Anu arr.

Ketika Pak Lah PM, Anu arr tidak menghentamnya kerana berfikir adalah lebih mudah mengambil alih pentadbiran dari PM yang lemah. DS Najib adalah penghalang cita-citanya, kerana itulah sejak mula lagi wajah DS Najib sudah di 'conteng'. DS Najib dituduh berbagai-bagai sehinggakan pembunuhan Altantuya, DS Najib juga dipersalahkan. Walaupun sudah 2 kali DS Najib melakukan sumpah bahawa beliau tidak terlibat, namun pencacai pembangkang tetap memejamkan mata dan masih menuduh DS Najiblah pembunuhnya.

Namun sungguh menghairankan kenapa Anu arr yang dituduh meliwat dan mensetubuhi pelacur china yang tidak berani bersumpah menafikan tidak mereka hiraukan? Apakah jika Anu arr lah yang membunuh Altantuya mereka akan terus berdiam dan menganggapnya tidak bersalah?

Apabila imej DS Najib sukar dicalarkan, maka pencacai pembangkang diarahkan pula 'menconteng arang' ke muka DS Rosmah. Maka difitnahkanlah DS Rosmah dengan kisah permata RM24 Juta, tidak bertudung kepala dan segalanya. Maka tidak ada satu apa pun yang DS Rosmah lakukan yang mereka boleh setuju dan betul walaupun jika orang lain yang lakukan mereka tidak akan kisah sedikit pun. Begitulah kezaliman didalam hati pembangkang.

Pintu UMNO sudah tertutup rapat untuk Anu arr dan peluangnya untuk menyertai semula UMNO dan jadi PM juga turut tertutup, lalu apa yang mampu dilakukan adalah menjahanamkan UMNO itu sendiri sama ada dari luar dan dalam. Kerana itulah setiap apa keburukan yang berlaku, maka UMNOlah yang akan dipersalahkan. Bahkan jika beruk tertelan biji durian sekalipun maka UMNO lah yang bersalah. Janganlah kita hairan jika demikian itulah yang ditanamkan kedalam fikiran seluruh rakyat kita selama ini dari setiap ceramah-ceramah yang mereka lakukan.

Namun, rakyat bukannya buta. Rakyat sudah bijak menilai siapa yang benar dan siapa yang salah. Siapa yang berkata berlandaskan fakta dan siapa pula yang hanya auta. Siapa yang berjanji dan berusaha menunaikannya dan siapa pula yang hanya berjanji untuk dimungkiri.

Anu arr dan pakatan pembangkang semakin hari semakin jelas pembohongan dan tipu daya mereka. Rakyat sudah semakin jelas bahawa jika kuasa diserahkan kepada mereka maka nasib rakyat sudah tentu tidak akan terbela. Justeru kita percaya dalam PRU akan datang ini, rakyat akan memberikan mandat kepada BN dengan lebih besar lagi. DS Najib sedang bersusah payah membina semula negara yang sudah hampir musnah oleh tangan-tangan petualang. Rakyat tidak akan sekali-kali membiarkan harapan anak-cucu mereka musnah ditangan binatang jalang.

Percayalah, semakin pembangkang memfitnah dan menuduh UMNO, maka semakin UMNO kuat dan bersatu padu rakyat dibelakang mempertahankannya.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...