09 May, 2012

DS NAJIB UMUM BONUS RM15K KEPADA PENEROKA




1. Pagi tadi, DS Najib PM Malaysia telah berkunjung ke Felda Jengka 8, Jerantut Pahang pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama YAB Perdana Menteri. 

2. Pada majlis berkenaan PM mengumumkan bahawa bonus tambahan kepada peneroka Felda sebanyak RM1.689B, dimana per keluarga akan mendapat RM15K dan diberikan secara tunai 3 kali berperingkat-peringkat.

3. Dari riak dan raut wajah mereka yang hadir ternyata sangat gembira dan berpuas hati dengan pengumuman itu. Petugas-petugas Felda juga dimaklumkan akan mendapat bonus 2 setengah bulan gaji. Jadi, semuanya akan tersenyum lebar. yang membangkang dan tidak menyokong kerajaan pun turut tersenyum didalam hati dan malu-malu kucing sebagaimana ketika menerima BR1M dulu.

4. Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu DS Najib turut menyindir pihak yang membangkang segala apa yang kerajaan lakukan. Mereka itu tidak akan pernah berpuas hati dengan apa yang kita lakukan sedangkan jika di pihak mereka tidak pula melakukan apa-apa dan penyokong mereka tidak pula menyalahkan mereka.

5. Di laman facebook saya melihat ada pihak yang mempertikaikan kenapa PM hanya mengumumkan pemberian sebanyak itu saja dan mereka berpendapat sepatutnya lebih lagi. Pengalaman sudah banyak mengajar kita apabila berurusan dengan puak-puak ini, jikalau kita beria RM20K pun mereka akan kata sepatutnya RM30K dan kalau kita beri RM30K mereka akan kata sepatutnya RM40K.

6. Puak-puak ini adalah satu-satunya pembangkang yang benar-benar membangkang didalam dunia ini yang kerjanya tidak ada lain selain dari membangkang dan membangkang. Berbeza dengan pembangkang di negara-negara maju yang membangkang pada perkaya yang tertentu namun akan menyokong pada perkaya yang jelas membawa kebaikan kepada rakyat.

7. Pembangkang di Malaysia bukanlah pembangkang yang sihat kerana mereka tidak apa yang mereka bangkang dan juga tidak mampu memberikan cadangan yang lebih baik dari yang mereka tidak persetujui itu. Apa kelas pembangkang yang 'low class' macam ni?

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...