Suara Anak Pahang - Perlu Baca

28 May, 2012

AHLI UMNO YANG KECEWA




1. Ini sebahagian kecil dari masalah yang dialami oleh orang-orang UMNO, yang perlu pucuk pimpinan berikan perhatian. Ini bukan saja berlaku di Perak, malahan dimana-mana negeri di Malaysia termasuklah Pahang.

2. Ramai yang sayangi UMNO dan percaya bahawa hanya UMNOlah yang mampu membantu mereka dan memerintah dengan baik. Cuma kerenah birokrasi dan sikap penjawat awam yang membuatkan mereka kecewa dan merasakan bahawa tidak ada perlunya mereka bersungguh-sungguh menyokong kerajaan yang tidak dapat membantu mereka.

3. Banyak kes dimana mereka yang menyokong kerajaan bersungguh-sungguh serta berjuang bermati-matian untuk memastikan kerajaan UMNO BN terus berkuasa, namun apabila ketika mendapatkan laba, orang-orang yang sah dan terang-terang menentang kerajaan menerimanya.

4. Itu menjadi satu tamparan dan membuatkan mereka merasa kecewa dan berdendam kepada kerajaan. Jika menyokong kerajaan bermati-matian dan tidak menerima apa-apa dan mereka yang menentang kerajaan mendapat faedahnya, justeru untuk apakah perjuangan mempertahankan kerajaan diteruskan?

5. Pemimpin harus melihat rakyat hingga kedalam hati nurani mereka. Walaupun bukan semua, namun banyak kes penjawat awam merupakan punca kebanyakan masalah antara rakyat dengan kerajaan. Gejala rasuah umpamanya, yang terlibat itu adalah individu namun mereka bertugas mewakili kerajaan maka yang menanggung keburukannya adalah kerajaan.

6. Bukan semua, namun ada sebilangan penjawat awam adalah duri dalam daging yang mencemarkan kerajaan sama ada secara tidak langsung ataupun memang secara terancang dalam usaha memberi reputasi buruk terhadap kerajaan seterusnya menjatuhkan kerajaan.

8. Pemimpin perlu ingat sedar bahawa ada sebahagian rakyat mampu bersuara untuk menyatakan tidak puas hati mereka, namun banyak lagi yang tidak mampu bersuara tetapi memendamkannya didalam hati menjadi bara api yang akhirnya membakar dan mengubahnya dikertas-kertas undi dalam PRU dengan niat mengajar kerajaan dan pemimpin.

1 comment:

Anonymous said...

Sepatutnya dari awal-awal lagi perkara ini diketengahkan ini nasi dah hampir2 menjadi bubur baru nak disuarakan. Tulisan2 yang sebegini yang dapat menawan hati rakyat dan bukannya umpat dan keji keatas orang lain. Kerana rakyat dah muak dengan cerita2 fitnah(belum tentu kebenaran).

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...