07 May, 2012

PEMBANGKANG RANCANG RUSUHAN JIKA GAGAL MENANGI PRU13

Pembangkang rancang lakukan rusuhan jika gagal dalam PRU13 nanti
untuk ujudkan keadaan politik tidak stabil dan merampas kerajaan 
serta mengundang campurtangan asing



1. Beberapa laman blog menyiarkan kenyataan dari pendapat mantan PM, Tun Dr Mahathir bahawa pihak pembangkang tidak punya keyakinan untuk menangi PRU akan datang. Justeru mereka cuba menanamkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap segala apa yang kerajaan lakukan dengan tujuan untuk melemahkan kerajaan supaya lebih mudah mereka mencapai impian mereka 'road to Putrajaya'.

2. Tohmahan pembangkang bahawa PRU tidak bersih adalah tohmahan yang tidak berasas sama sekali. Apakah dengan jatuhnya beberapa buah negeri kepada pembangkang pilihanraya masih tidak bersih? Apakah selagi UMNO / BN memenangi PRU maka ianya tidak bersih? Apakah pilihanraya hanya akan bersih apabila ianya dimenangi oleh mereka? Inilah yang ingin mereka tanamkan kepada fikiran rakyat.

3. Pembangkang juga sedar bahawa sokongan dan undian yang mereka dapati dalam PRU12 lalu bukanlah sokongan yang sebenarnya. Kebanyakan undian itu hanyalah protes rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin ketika itu dan pastinya ia akan berubah dan kembali kepada kerajaan BN berikutan dasar-dasar baru kerajaan serta kejayaan pelan transformasi yang dilakukan. Menyedari hakikat itulah pembangkang cuma mengambil satu tindakan selangkah kehadapan dengan mewar-warkan bahawa BN akan mencetuskan huru-hara jika BN tewas dalam PRU akan datang supaya apabila mereka yang mencetuskan huru-hara berkenaan maka mereka akan meletakkan kesalahan terus kepada Kerajaan BN.

4. Ramai yang melihat bahawa itu adalah master plannya. Pembangkang akan cetuskan huru-hara untuk membuatkan kerajaan tidak stabil dan cuba merampas kerajaan melalui rusuhan apabila mereka tidak lagi mendapat sokongan dari rakyat dalam PRU akan datang. Kita harus bersedia menghadapai rancangan buruk pembangkang itu. Mereka sudah mencuba mencetuskannya dengan beberapa siri atas nama demo Bersih dan Anu arr sedang mengukur (menilai) kekuatannya jika rusuhan akan dilakukan selepas mereka gagal dalam PRU13 nanti.

5. Anu arr sendiri sudah hilang keyakinan diri untuk dapat berkuasa sebagai PM melalui PRU kerana apa yang DS Najib lakukan sekarang ini sungguh mendapat sokongan semua rakyat. Anu arr juga sudah sedar bahawa beberapa projek dibawah dasar transformasi negara berjaya menarik simpati dan sokongan rakyat termasuklah mereka yang menyokong pembangkang selama ini. Mereka sudah sedar bahwa DS Najib melaksanakan janji-janji kerajaan selama ini (sejak sebelum beliau jadi PM lagi) sedangkan Anu arr hanya bermanis mulut menabur janji yang tidak pernah ditepatinya.

6. Hakikatnya, tiada jalan untuk pembangkang ke Putrajaya. Tiada harapan untuk Anu arr menjadi PM Malaysia.  Tiada lagi rakyat yang akan rela tertipu dan ditipu oleh agenda jahat Anu arr yang semakin jelas dipengaruhi oleh kuasa luar yang rela mengadaikan negara untuk dijajah oleh barat. Akhirnya, sejarah akan mencatat Anu arr adalah binatang politik yang rakus mengejar cita-cita politiknya, merompak hartabenda negara, melempiaskan nafsu seksnya termasuk secara luar tabii. Akhirnya, Anu arr akan jadi tokoh penglipurlara, bagai Si Luncai - tenggelam dengan labu-labunya.









No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...