Suara Anak Pahang - Perlu Baca

29 May, 2012

NIK AZIZ LETAK JAWATAN MB GANTI KAUM CINA




1. Nik Aziz kata bukan Melayu boleh jadi PM asalkan Islam. Itu kata-kata politik Ulamak Politik ini untuk menarik sokongan pengundi kaum Cina.

2. Ibrahim Ali cabar Nik Aziz supaya mulakannya dengan serahkan jawatan MB Kelantan kepada Datuk Anuar Tan Abdullah kerana beliau menepati ciri yang dikatakan oleh Nik Aziz. Nik Aziz perlu sahut sokongan Ibrahim Ali supaya orang tak kata cakap tak serupa bikin.

3. Apakah Nik Aziz akan sahut cabaran itu? Sudah tentu dia tidak akan berani kerana dia masih memerlukan jawatan dan pangkat dalam kehidupannya. Walaupun dia sedar keadaan kesihatannya sudah tidak lagi mengizinkan beliau terus kekal lama sebagai MB Kelantan tetapi dia manusia biasa juga dan ahli politik biasa saja.

4. Nik Aziz sanggup gugurkan hasrat Pas membina negara Islam kerana disergah oleh sekutu DAPnya. Diantara perjuangan agama dan sokongan politik nyata Nik Aziz memilih sokongan politik dari sperjuangan agama.

5. Hudud juga sudah bukan lagi tujuan utama parti Pas. Justeru apa bezanya antara Pas dengan UMNO? Nampaknya UMNO lebih layak untuk menggantikan Pas yang sudah lari dari asas perjuangannya. UMNO lebih jelas perjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam berbanding Pas yang hanya mengadai perjuangan Islam.

Nik Aziz dicabar serah jawatan MB kepada Anuar Tan


1 comment:

Anonymous said...

Yang aku tau..rakyat Kelate memang anti Cina,tapi pemimpin mereka beriya iya umpankan cina..MANA ADA CINA BERNIAGA DI KOTA BHARU ?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...