28 May, 2012

LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU - KUALA KRAI?




1. Konon Pas Kelantan nak bina Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73KM dan tanpa tol. Maka menjelang PRU13 ini, Tok Garu MB Kelantan terpaksalah berlakon sepertimana skrip untuk terus menerus menipu rakyat negeri Kelantan.

2. Sebelum ini Kerajaan Pusat telah mengeluarkan dana sebanyak RM600 juta bagi tujuan pembangunan negeri Kelantan. Apakah dana berkenaan tidak diperlukan atau tidak digunakan oleh Pas Kelantan atau menganggap wang berkenaan adalah duit haram dari sumber yang haram?

3. Janganlah rakyat Kelantan tertipu dengan mainan politik Tok Garu ini kerana setelah memerintah Kelantan lebih 20 tahun beliau sepatutnya melakukan ini lebih awal lagi sekiranya beliau benar-benar jujur dan melakukannya kerana rakyat dan kerana Allah. Tetapi kerana apa ini dilakukan menjelang PRU? Apakah sumbangan berkenaan akan benar-benar digunakan untuk pembangunan atau akan dialihkan untuk kegunaan kempen PRU?

4. Cuba kita tanya Nik Ajis @ Tok Garu ni, apakah Lebuihraya Rakyat ini nanti akan jadi sama seperti Ladang Rakyat dulu? Yang hanya memberi faedah kepada orang tertentu saja sedangkan rakyat hanya dijadikan alasan bahkan terus disengsarakan.

5. Rakyat yang rata-rata miskin lebih perlukan belakan air bersih untuk kehidupan mereka, Mereka tidak miliki kereta mewah untuk meluncur laju di Lebuhraya 4 lorong yang akan dibina itu. Bahkan tanggungjawab kerajaan adalah untuk membantu rakyat, justeru bukanlah rakyat yang perlu menanggung sebarang kos pembangunan. Memadailah dengan cukai yang rakyat bayar selama ini.

6. Jikakalau pun sumbangan dari rakyat diperlukan, kenapa tidak didahulukan oleh para pemimpin mereka yang sah dan nyata memiliki kekayaan atas jawatan dalam parti dan kerajaan yang dipegang? Kenapa perlu rakyat yang miskin itu berkorban dan berjuang untuk mereka kerana sepatutnya merekalah yang berjuang untuk rakyat.

7. Bukan sedikit pemimpin Pas yang kaya-raya dari wang rakyat dalam Pas Kelantan. Mungkin mereka yang akan mendapat lebih manafaat dari pembinaan Lebuhraya berkenaan, justeru merekalah yang perlu menyumbang untuk tujuan itu dan bukannya rakyat yang miskin yang tinggal di kampong-kampong di pedalaman. Mereka ini lebih perlukan kemudahan asas seperti bekalan air bersih mengatasi segalanya.

8. Khabarnya, YB Adun Melor ada kekayaan berjuta-juta dan mungkin beliau boleh menyumbang sebagai sedekah kepada pembinaan Lebuhraya berkenaan selain dari membayar mut'ah kepada bekas isteri Kembojanya.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...