Suara Anak Pahang - Perlu Baca

29 May, 2012

PRU13 BUKAN SATU EKSPERIMEN MENGUBAH KERAJAAN





KUALA LUMPUR 28 Mei - Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.

Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini, pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?   Klik ke Sumber


1. Demikian kenyatan seorang yang berpengalaman dan matang berfikir dalam politik dan pernah mendukungi sebuah parti 'rasis' yang pandai sembunyikan apa dalam hati mereka. Mereka juga pandai mengula-gulakan pemimpin Melayu yang kecewa yang perjuangannya hanya kepada diri sendiri semata-mata.

2. Tunku Abdul Aziz berpendapat pembangkang masih tidak layak untuk mentadbir negara kerana permaufakatan yang mereka asaskan setakat ini bukannya berasaskan perpaduan sebenar. Tidak sebagaimana didalam BN yang jelas perpaduannya serta mempunyai halatuju dalam perjuangan.

3. Malanglah jika masih ada mana-mana Melayu yang merasakan mereka lebih pintar dari Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP dan mengharapkan perjuangan DAP untuk membela semua kaum sebagai satu perjuangan yang jujur dan ikhlas. Mungkin mereka masih belum sedar bahawa mereka diperbodohkan atau mereka memperbodohkan diri mereka sendiri untuk perjuangan yang hanya menguntungkan orang lain.

4. Kita menanti-nanti apakah reaksi seterusnya dari 'Suck-mongkol' dan 'Aspan'. Apakah mereka akan kembali kepangkan jalan atau akan terus tenggelam dalam impian yang pasti tidak akan kesampaian.

5. Yang pasti, ini bukanlah masa untuk mencuba-cuba menukar kerajaan dengan impian bahawa jika gagal nanti kita akan mampu kembali kepada yang lama kerana sekali kita berubah, selamanyalah masa depan anak cucu kita akan musnah. 

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...