09 May, 2012

BLOG PENCACAI PENYEBAR FITNAH




Pukul 10.38 pagi tadi saya terima sms dari seorang kawan:
Polis b*b* belasah tendang kedua-dua rusuk saya. Polis Raja Di Malaysia
Dalam posting saya bertajuk "Sebelum saya ceritakan keganasan polis yang saya saksikan", saya kata saya nak cerita keganasan polis yang sempat saya lihat. Tak la banyak sangat yang saya lihat.

Jam waktu itu hampir pukul 5.00 petang. Orang dah lama bersurai. Bila bersurai, takkan terus menghilang. Takkan terus lenyap yang pakai baju kuning Bersih (saya tak pakai baju kuning). Tentulah masih ada yang berjalan pulang dan sebagainya. Ada yang singgah nak minum ka, apa ka.

(Blog Penarik Beca)

1. Begitulah mukadimah laporan dari sebuah blog pencacai pembangkang. Manisnya kata-kata...'Polis b*b* (babi ?) ....dan tajuk beritanya ..."Ya Allah! Laknatkanlah yang mengganasi orang-orang yang tidak berdaya!'. 

2. Mereka memohon kepada Allah seolah-olah kerja yang dilakukan itu adalah kerja dijalan Allah. Mencaci maki polis dengan panggilan anjing dan babi adalah juga kerja yang diberkati Allah dan mereka adalah dari kalangan 'orang-orang yang tidak berdaya'(?)

3. Apakah mereka yang yang terlibat dalam rusuhan bersih dulu itu dari kalangan orang-orang yang cacat atau lemah upaya? Yang jelas adalah mereka lebih garang dan melakukan kekasaran kepada pihak polis. Cuba lihat foto diatas sana, siapakah sebenarnya yang tidak berdaya? Siapa yang dikasari dan siapa yang berlaku kasar? 

4. Tapi begitulah peranan media sosial penyokong pakatan pembangkang yang bertaraf pencacai itu. Mereka akan sentiasa memutarkan fakta untk menunjukkan bahawa kerajaan dan para pemimpin negara bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun. Malang juga bagi penyokong tegar mereka yang sentiasa percaya bahawa mereka sentiasa dipihak yang benar sedangkan mereka telah dipesongkan semakin jauh.

5. Mungkinlah begini keadaannya bagi umat diakhir zaman, yang salah dianggap benar dan yang benar dianggap salah. Pemimpin yang baik dijatuhkan dan pemimpin yang jahat dinaikkan. Pemimpin yang tidak terlibat dalam mana-mana pembunuhan dituduh membunuh sedangkan pemimpin yang ternyata dan sah meliwat disangkal kesalahannya.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...