10 May, 2012

PAS HALALKAN APA SAJA DEMI MENAGIH KUASA

Siti Nurhaliza dan Amy Search pun sudah kena jual oleh Pas. Sudah halal 
yang dulunya haram, dan Pas kekal sebagai 'haramjadah'!


1. Bukanlah menghairankan apabila Pas terdesak, dengan syaitan pun mereka boleh bersahabat. Dulu apabila UMNO bersahabat dengan MCA dan MIC, mereka menghukum UMNO Kafir kerana bersahabat dengan kafir harbi, kini apabila mereka menjadi 'anjing', mereka menghalalkannya kerana bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Bahkan untuk mereka sentiasa halal apa saja untuk mereka dan jika bagi orang lain hukumnya adalah haram. Apa lagi perkataan yang sesuai bagi Pas selain dari 'haramjadah'.

2. Bagi tujuan memungut dana PRU, Pas menganjurkan Makan Malam sambil berhibur bersama bekas (?) artis. Konon menghidangkan makanan 'Nasi Arab' dan kadar RM50 seorang dikenakaan. Mungkin selepas makan Nasi Arab itu nanti, lidah mereka akan lebih fasih mencaci maki dan mengutuk kerajaan. Mungkin juga tiket ke syurga sempena PRU13 ini boleh terus ditempah atau dibeli di majlis berkenaan.

3. Selain dari makan, hadirin juga akan dipersembahkan dengan video 'Siti Nurhaliza dan Amy Search' bertemu Nik Aziz. Kita juga tertanya-tanya apa motifnya? Kan elok disiarkan klip video Nik Aziz semasa sakit dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dulu dengan usaha DS Najib memberikan penerbangan ikhsan serta menempatkannya di hospital terbaik untuk beliau, supaya Nik Aziz insaf akan kebaikan yang pernah dilakukan oleh DS Najib terhadapnya dan janganlah dibalas dengan 'doa pecah perut' untuk melengkapkan 'diberi bunga dibalas taik' melainkan Nik Aziz adalah insan yang bertaraf NAjis!

4. Dulu, apabila sebarang acara yang dianjurkan UMNO melibatkan artis maka puak-puak Pas dengan segera melabelkannya sebagai haram dan pekerjaan mungkar, sekarang ini mereka pula melakukan kerja mungkar dan haram itu sambuil menelan sumpah seranah mereka sendiri.

5. Jangan Pas sangka bahawa undian yang mereka dapati dalam PRU12 lalu adalah undi 'solid' dan sokongan untuk mereka. Sedarlah bahawa undi itu hanyalah undi protes rakyat terhadap kepimpinan UMNO ketika itu, namun dengan perubahan dan transformasi yang berlaku sekarang ini. keyakinan rakyat bertambah terhadap DS Najib maka rakyat akan pastikan Pas hanya akan mengigit jari mereka sendiri sambil mereka menjilat bontot kafir harbi DAP yang sah adalah musuh  Islam yang nyata.

6. Masih ada lagikah pemuda yang masih 'bengong' dan bersedia dijadikan 'anjing' untuk memastikan pemimpin yang melacurkan agama kekal berkuasa? Berapa ramai agaknya peneroka Felda yang menyokong Pas menolak dari mengambil bonus yang diumumkan oleh DS Najib?

7. Aikk? Mereka kata halal bagi mereka mengambilnya kerana itu adalah hak mereka? Kalau mereka tak dijadikan peneroka Felda apakah mereka akan dapat itu semua? Kalau bukan UMNO yang merancang membina Felda apakah Felda akan ujud sehingga hari ini? Ohhh! Elok penyokong Pas pakat ramai-ramai keluar dari Felda dan sertai Ladang Rakyat Pas Kelantan yang diilhamkan oleh Pas sendiri, tentu lebih afdal dan mereka mendapat rezeki yang halal. Kalaulah penyokong Pas dari kalangan umat yang berfikir dan berfikiran.......

2 comments:

Anonymous said...

Walhalalku walharommu...biase rrr Pas Standarrddddd !!!

Anonymous said...

peribahasa yang sesuai untuk mereka
1)kacang lupakan kulit
2) menepuk air di dulang terpercik kemuka sendiri
3)meludah kelangit
4) keruh dihulu takkan jernih dimuara
5)melepaskan anjing tersepit

pantun pula

muka beruk terhegeh hegeh
sengih sana sengih sini
dapat duit berangan lebih
sapa bagi apa peduli

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...