Suara Anak Pahang - Perlu Baca

13 January, 2011

AKU YANG GAMBI - DARI bRAVEhEART

Allahyarham blogger Yang Gambi, kiri sekali berbaju biru


Al-Fatihah! buat seorang sahabat yang telah kembali ke rahmatullah! Takziah kepada seluruh anggota keluarganya!

Sahabat blogger dengan nama Yang Gambi menulis blog Aku Yang Gambi sejak 2009 dengan posting pertamanya pada 12hb. Mac, 2009 bertajuk Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan Buat Laporan Polis? (Klik Sini)

Posting terakhirnya diblog Aku Yang Gambi pula bertarikh 9hb Januari, 2011 bertajuk Karpal Singh Peguam Dan Juga Saksi Anwar Meliwat? (Klik Sini)

Yang Gambi sangat komited dengan penulisan blog, diakhir hayatnya beliau sempat menyatakan kegembiraannya apabila blogger-blogger Pahang dapat bersatu dalam melahirkan blog Pahang-Ku. Beliau sempat juga menulis satu posting di Pahang-Ku dengan tajuk Tuduhan Rogol Terhadap Rais Adalah Fitnah Jahat (Klik Sini)

Pertemuan terakhir saya dengan beliau adalah sewaktu di Gua Musang ketika PRK Galas. Banyak yang kami bualkan mengenai perkembangan media sosial Pahang khususnya blog. Ada juga luahan kekesalan kerana dipinggirkan, antara dia dengan saya, adakalanya kami tidak banyak beza, ingin berjuang tetapi tidak diberi peluang.

Beliau ada meminta saya membantu menukar template blognya namun menunggu sehingga pertemuan pada Sabtu akan datang. Baik juga kerana segalanya akan kekal seperti asal, sebagaimana dia memulakannya dahulu. Sekurang-kurangnya, beliau sudah meletakkan logo Pahang-Ku diblognya sebagai tanda komitmen yang diberikannya.

Kali terakhir kami berhubung melalui telefon adalah pada 4:42 petang 4hb. Januari, 2011, beliau menelefon saya dan mengucapkan 'tahniah' serta menyatakan kegembiraannya terhadap perkembangan mutakhir blogger Pahang. 

Kali terakhir kami berhubung melalui sms adalah pada 6hb. Januari 2011:
BH 5.15p - Posting awk kwn pospone ke pkl 9 m nnti sbb hri ni bnyk sgt posting
BH 5.19p - Tk. pukul 6.50 ptg krg, bkn 9 mlm nnti
YG  5.26p - Ok bro

Pada pukul 8.03 pagi 7hb Januari, 2011 saya cuba mengubungi beliau ingin menanyakan sesuatu tentang 'Tenang' namun beliau sudah tidak dapat dihubungi. Saya pula tidak menjangka apa-apa yang buruk.

Apa kata sahabat-sahabat terdekat:  

Nory:  Nampaknya 2 kali wat perjumpaan YG x dapat join dan kali ke 3 x dpt join hingga akhirnya...Dia x sempat merasa nak guna BB,,,Semua tu kenangan kpd saya coz dia terlalu gembira dgn pemberian tersebut dan minta sy ajar...

Semut Hitam: Ya betul. Rasanya dia sempat buat satu artikel dlm Pahang Ku

Waris Pahang: Ya, isu Rais Yatim

Nory: YG sebaik sihat terus menulis, dia memang x sabar untuk bersama kita... Berkali2 col saya...

Sri Tri Buana: Saya tau. Dia kommited dgn penulisannya

Waris Pahang: Papa Gomo baru call tadi, terharu aktivis blog antara terhebat di Malaysia sudah tiada.

BH: Yb Raz sampaikan takziah kpd keluarga YG. Megat Pisau juga sampaikan takziah.

Waris Pahang: Lepas jumpa dms kami ada bincang pasal blog dan twitter, dia happy dpt BB

Waris Pahang: Van jenazah baru btolak. Kebumi sblm zohor esok.

Bila kita membaca blog-blog, banyak antaranya yang mengucapkan takziah atas kepergian beliau. Bersamalah kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkannya dikalangan mereka-mereka yang beriman, Amin!!

Esok BH tidak menulis kerana berkabung sebagai tanda kesedihan atas kepergian Yang Gambi.



4 comments:

Gerakan Timur said...

Al Fatihah.

Bro, GT akan cover cerita ini dan link terus pada blog BH.

Salam takziah dari GT.

Panglima Perang Cyber said...

Al Fatihah...

Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.

PAPA GOMO said...

salam bro, Takziah kepada rakan Blogger pahang yang telah kehilangan seorang pejuang tulen dalam media cyber ini. kawan Linkkan artikel demo ni!!!!

Kehilangan yang Tidak sia sia!!!

Panglima Perang Cyber said...

Al Fatihah...

Belasungkawa utk arwah di blog Panglima dengan dimuatkan komen tuan puan para bloggers sekelian.

terasa sangat sedih walau kita tidak pernah bersua di alam nyata.

moga Allah mengampunkan dosa beliau atas jasanya mempertahankan Alif Ba Ta.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...