29 January, 2011

EN. LABU; AYAM TERLEPAS, TANGAN BAU TAIK

Kesian En. Labu, ayam terlepas tangan bau taik


Semalam, TPM menyatakan bahawa kerajaan akan menyiasat mengenai laporan beberapa laman blog yang mendakwa bahawa En. Labu telah mengambil cuti sakit selama 21 hari dan menggunakan cuti berkenaan untuk turut berkempen untuk isterinya Cikgu Mala.

Kita menyeru kepada kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap En. Labu kerana menyalahgunakan kemudahan berkenaan yang menghina profesyen perguruan. Tindakan boleh diambil keatas kedua-dua pihak kerana salahlaku menipu status kesihatan. Tertuduh @ En. Labu dan pihak klinik berkenaan, yang sah tidak menghormati etika pengamal perubatan.

Menurut TS Muhyiddin, cuti sakit 21 hari hanya layak bagi mereka yang sakit tenat. Apakah En. Labu seorang pesakit tenat? Melihat keadaan fizikalnya, beliau tidak mengalami apa-apa masalah, namun mungkin kesakitan yang dihadapinya adalah kesakitan mental yang teruk. Apa tidaknya, beliau yang menyara penghidupannya dengan gaji yang diterima dari kerajaan tetapi dalam masa sama memburukkan sistem pentadbiraan kerajaan yang memerintah.

Cuma kita bimbang tindakan mereka berdua ini nanti akan mendatangkan masalah kepada mereka andainya Cikgu Mala tewas dalam PRK ini nanti. Dapatkan mereka pengadu kepada parti Tudung Tin Biskut ini?  Apakah pembelaan yang mampu mereka berikan kelak? Pas tidak akan mempu membentuk kerajaan jika hanya menang dengan satu kerusi ini saja, tetapi apa yang mereka hendak lakukan adalah hanya untuk melemahkan kerajaan, itu saja.

Jika Cikgu Mala gagal dalam PRK ini kelak, keadaan yang akan berlaku kepada mereka suami isteri adalah; 'ayam terlepas, tangan bau taik'....hikhikhik! Bahkan rumah-tangga akan terus porak peranda kerana segala rahsia diri dan keburukan mereka sudah dibongkar untuk tontonan masyarakat umum.

Saja-saja untuk hiburan En. Labu dan Cikgu Mala.....hehehe! Cikgu Mala tak dapat mengundi diri sendiri? Kahkahkah!


No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...