Suara Anak Pahang - Perlu Baca

30 January, 2011

BAGAIMANA NAK TINGGALKAN TENANG DENGAN TENANG?


Pekan Lama Labis terkini (30.1.2011) 
disinilah saya selalu merayau-rayau mencari bahan dan makanan



Proses pengundian telah selesai. Keputusan juga sudah kita terima. Yang hak akan menang yang penipu dan pemutar belit akan kalah. Allah lah yang menentukkan segalanya. Allah lah yang lebih mengetahui siapa diantara kita yang berbuat kebaikan dan dijalan yang benar dan siapa pula yang bebuat salah memutar belitkan kata-kata dan bahkan memberikan fatwa-fatwa untuk kepentingan mereka sendiri sahaja. Fatwa-fatwa itu pun mereka ubah-ubah atas kepentingan mereka bukannya kerana Allah.

Selamat tinggal Tenang. Semoga penduduk-penduduk DUN tenang akan tetap tinggal dala keadaan tenang dan damai. Moga para sahabat kita yang sudah tergelincir akan berbalik arah dan kembali kepangkal jalan. Kerajaan BN adalah yang terbaik yang kita ada setakat ini. 

Apalah gunanya jita berubah untuk menerima keadaan yang lebih buruk dari keadaan baik yang sedang kita nikmati sekarang ini? Saya hanya mampu menyoal dan kita masing-masing yang akan memberikan jawapannya.

Persoalan saya sekarang ini adalah, bagaimana saya hendak meninggalkan Tenang ini dengan Tenang jika keadaan banjir menjadi semakin buruk? Apapun kita berserah sepenuhnya kepada Allah.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...