30 January, 2011

DARI TENANG KE MERLIMAU, CIKGU MALA HANYA BATU LONCATAN


 Kesian Cikgu Mala, hanya jadi alat politik Pas


Ketika posting ini saya buat, pengundian masih berlangsung dan keputusan masih belum kita terima. Apa pun kita yakin bahawa BN akan tetap menang di DUN Tenang, bahkan dengan kemenangan yang lebih besar dari sebelumnya.

Keyakinan saya kepada kemenangan BN adalah berasaskan kepada respon yang diberikan oleh rakyat terhadap aktiviti dan pertemuan yang diadakan. Sambutan rakyat memang nyata lebih baik dari yang diberikan kepada pihak pembangkang.

Pas memang sudah menjangka kesukaran bagi mereka untuk memenangi PRK DUN Tenang ini, tetapi kenapa mereka tetap menyertai pertandingan ini? Dan kenapa pula mereka meletakkan calon wanita sedangkan mereka sedar bahawa Nik Aziz pernah berfatwa bahawa Wanita tidak layak menjadi pemimpin dan tidak layak diangkat sebagai calon dalam Pilihanraya?

1. Meletakkan calon wanita dan seorang guru sekolah adalah untuk bertanding sebagai underdog dan berharap mendapatkan undi simpati dari pengundi DUN Tenang. 

2.  Andai mereka kalah, Pas tidak akan kehilangan apa-apa melainkan Cikgu Mala secara peribadinya yang akan kehilangan banyak perkara termasuk maruahnya yang dicemari akibat dari perang saraf yang mengarah kepada calon-calon, dan ini berlaku kepada kedua-dua belah pihak.

3. Tokoh yang merasakan sepatutnya jadi calon masih selamat dan akan berpeluang bertanding dalam PRU nanti dengan imej yang kekal bersih.
4. Memang ada berlaku juga 'cas keting' terhadap calon PRK ini oleh puak-puak tertentu dalam Pas  sendiri  terutamanya Mazlan Alimin sendiri supaya Cikgu Mala tewas dan tentunya beliau atau mana-mana Muslimat tidak lagi akan dicalonkan lagi untuk DUN Tenang dalam PRU nanti, dan itu akan memberi peluang padanya untuk jadi calon.

5. Misi Pas bukan untuk menang tetapi 'test market' dan hanya untuk mengangalkan kemenangan mudah BN serta menyekat momentum kejayaan BN dalam banyak PRK kebelakangan ini.


6. Andai Pas menang, mereka akan canangkan bahawa BN ditolak oleh rakyat walau hakikatnya 'Fuckatan Rakyat' sudah semakin hancur musnah.


7. Ego puak 'Fuckatan Rakyat' akan hilang dalam menghadapi PRK Merlimau nanti jika mereka tewas di Tenang sebagai indicator bahawa rakyat sudah menolak parti pembangkang berikutan krisis-demi krisis yang mereka hadapi.





No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...