24 January, 2011

HANGAT: SAMBUTAN ANU ARR DI FELDA TENANG

Sambutan 'hangat' kepada ceramah Anu-arr di Felda Tenang

Anu arr mengadakan ceramahnya di Felda Tenang baru-baru ini. Ramai yang menjangkakan bahawa ceramah berkenaan sudah kurang mendapat sambutan lagi berikutan semakin kurangnya semangat menyahut seruan refomarsinya yang nyata bukan demi rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan dirinya semata-mata.

Ceramah berkenaan bermula dalam suasana dingin kerana kehadirian hanya sekitar 250 orang sahaja dan itu pun termasuk sebahagian besarnya yang dibawa dari daerah lain serta para pengiring Anu arr. Anu arr nyata kecewa terhadap sambutan orang-orang kampong, dan orang-orang kampong juga kecewa kerana Anu arr berkisahkan perkara yang sama juga, bagai memutar piring hitam buruk yang dimainkan berkali-kali.

Namun tiba-tiba suasana menjadi hangat bila sekumpulan anak muda tempatan yang sudah meluat dengan kisah Anu arr yang sering saja 'menjuburi' meng'boo' tokoh berkenaan. Ada penyokong Pas yang cuba menghalang namun tidak diendahkan.

Anu arr hanya ibarat seorang tokoh yang semakin dilupakan. Anu arr - menconteng arang ke muka kita rakyat Malaysia selama ini sehingga pakatan parti juga sudah sinonim dengan parti bontot.


Para pemuda yang sedang mengalihkan bendera Pas
untuk digantikan dengan bendera BH

1 comment:

taipingcentral_harapan melayu said...

terbaik bro... jgn lupa ushar blog teman.. http://taipingcentral.blogspot.com/2011/01/terbaik-mb-perak-umum-bonus-di-perak.html

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...