26 January, 2011

PAS GADAI ANAK DAN ISTERI DEMI KUASA POLITIK

Gambar hiasan:
Pemimpin Pas mengadai anak dan isteri demi kuasa politik


Dulu pernah Nik Aziz tidak mahu calon wanita bertanding mana-mana DUN dan Parlimen terutamanya di Kelantan kerana katanya kaum lelaki adalah pemimpin. Kenapa tiba-tiba di Tenang Nik Aziz benarkan pula Cikgu Mala bertanding untuk jadi pemimpin? Apakah Nik Aziz ada fatwa lain sekarang ini?

Yang kita pasti adalah Pas sanggup lakukan apa saja untuk mencapai impian mereka. Mereka sanggup bersahabat dengan kafir harbi DAP dan bahkan dengan syaitan sekalipun. Mereka sanggup pertaruhkan wanita dan kanak-kanak juga demi mencapai cita-cita politik bersama DAP dan PKR untuk menguasai Putrajaya.

Pada Nik Aziz dan pemimpin Pas, wanita hanyalah barang permainan. Kerana itu juga mereka sanggup pertaruhkan isteri mereka masing-masing dalam 'baiah' mereka ketika bertanding dalam PRU lalu dimana jika mereka melompat parti maka jatuhlah talak keatas isteri mereka. Apa agaknya  'baiah' Cikgu Mala dalam PRK ini? Tentunya ada, tetapi masih satu rahsia!

Apa pun yang pasti, Pas sanggup lakukan apa saja demi kuasa. Ketika UMNO / BN gunakan kuasa yang ada untuk pertahankan ketuanan Melayu dan agama Islam, Pas pula gadaikan segalanya. Bukan saja setakat Isteri mereka dijadikan cagaran dalam 'baiah', mereka juga sanggup jadikan anak-anak mereka sebagai benteng pertahanan dan bagaikan menggadai anak-anak mereka hanya kerana nafsu serakah mereka untuk berkuasa.

Pas bukan lagi setakat sebuah parti yang pergunakan Islam untuk kepentingan kekuasaan politik mereka, bukan juga setakat sanggup bersahabat dengan syaitan kerana kuasa politik, bahkan Pas lah sebenarnya syaitan itu yang bertopengkan manusia dan berwajahkan ulamak palsu.

1 comment:

bRAVEhEART said...

Salam tuan-tuan,
UMNO Meru Online, blog tuan sudah dipaut dilink blog UMNO.

Kepada blog yang sudah memohon tetapi masih belum dipautkan, sila ulangi peringatan dan maaf kerana sebagai manusia biasa kita sentiasa dalam kekurangan dan kemungkinan blog tuan yg ingin dipautkan tetapi terlepas pandang.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...