Saya bukan rasis, tetapi saya seorang nasionalis
Ketika post ini ditulis, keputusan PRK telah diperolehi biarpun ianya masih belum resmi dan diumumkan oleh SPR. BN mencatat kemenangan yang tinggi melebihi undian dahulu dengan meraih 6699 undi manakala Pas hanya memperolehi undi sebanyak 2992 dan kemenangan majoriti adalah sebanyak 3707 undi.
Kemenangan dan manjoriti undi bukan lagi pertikaian bagi kita, tetapi kemana perginya undi kaum cina? Apakah mereka tidak menyokong Chua Soi Lek atau mereka sudah tidak menyokong MCA dan BN ini sendiri. (Baca Sini)
Memang kebelakangan ini kita lihat undi kaum cina dimana-mana pun menjurus kearah yang sama, iaitu tidak menyokong kerajaan. Kita boleh mengandaikan bahawa memang kaum cina mengkehendaki pakatan pembangkang menguasai politik negara dalam makna lainnya DAP yang akan kehadapan dan berjalan seiring dengan PAP di Singapura.
Kita sedar bahawa kekuasaan pakatan pembangkang adalah pada DAP, bukan PKR dan bukan juga Pas. Mereka yang menguasai pakatan pembangkang bermakna jika kerajaan dikuasai oleh pakatan pembangkang maka DAP lah yang akan berkuasa sepenuhnya dan mentadbir negara. Ini juga bermakna kaum cina akan menguasai politik selain dari sudah menguasai ekonomi dengan mantapnya.
Mujur juga pengundi Melayu di DUN Tenang lebih waras fikirannya dari pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR malahan dalam Pas sendiri yang sering tenggelam dalam ketamakan kuasa, Mereka sanggup mengadailkan hak orang-orang Melayu bahkan agama sekalipun untuk mendapat kekuasaan.
Banyak bezanya antara politik dikuasai oleh BN dengan Pakatan Rakyat. Selagi didalam kekuasaan BN bererti bangsa Melayu masih menguasai kekuasaan politik, tetapi jika politik dikuasai oleh Pakatan Pembangkang maka ianya bermakna dikuasai oleh DAP.
Saya pernah dahulu menulis mengenai penguasaan ekonomi oleh kaum itu, mengenai 'chinese belt'. Bagaimana kaum cina 'Ultra Kiasu" sedang menguasai zon ekonomi di Malaysia dan seterusnya akan mencorakkan politik Malaysia. Bangsa Melayu sepatutnya sentiasa berwaspada dan bersatu padu kerana bangsa itu apabila naik dan berkuasa mereka tidak akan ada sikap tolak ansur dengan kita lagi.
Apa pun bangsa Melayu harus berubah dan bersatu padu bagi menjamin kekuasaan kita dan masa depan anak cucu kita, atau membiarkan kita dijajah semula oleh bangsa pendatang yang akan menjajah tanah air kita. Memadailah kita sudah kehilangan Temasek, dan Pulau Mutiara yang sukar untuk kita rebut semula. Jangan sampai kita terpaksa 'mengunsi' menjadi pelarian di negara orang.
7 comments:
Nyata dalam PRK Tenang, kaum Cina belum codong ke BN tetapi BN tak boleh putus harap dengan kaum Cina ni. Mahu tak mau BN perlu juga undi kaum Cina. Kaum Cina demand sebab orang Melayu tak bersatu. Orang Melayu harus lebih patriotik kepada survival bangsa.
Ini tugas berat untuk UMNO bagi memaksimumkan sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti.
Dari pengamatan saya undi Cina sebenarnya BUKAN untuk PAS tetapi untuk DAP....Orang Cina tak perlu undi PAS untuk masuk syurga kerana mereka tak percaya pada tu..
Tetapi orang Cina mahu lihat DAP kuat sebab itu mereka tampak 'mengundi' PAS walhal hakikatnya mereka nak tunjuk kepada DAP undi mereka condong pada DAP (walaupun Labis ni konon-kononnya kubu kuat MCA)...
BN menang besar sebab orang Melayu sedar bahawa PAS hanyalah keldai tunggangan DAP & PKR...Kat Selangor pandangan EXCO PAS hanya layak dipijak2 & dibakul-sampahkan oleh EXCO kanan DAP...Orang Melayu semakin sedar bahawa setiap undi kepada PAS sebenarnya ADALAH undi untuk DAP...
Ramai Melayu telah insaf masa depan anak2 cucu Melayu tidak boleh diamanahkan atau diperjudikan kepada DAP untuk 'menjaga'nya kerana setiap undi PAS ADALAH undi untuk DAP...
Tahniah kepada semua petugas BN dan juga semua Petugas PAS/Pembangkang...Kerana melalui latihan2 'sparring partner' dengan PAS/Pembangkang yang 'handal' akan melahirkan petugas2 BN yang lebih jitu & mantap untuk turun di PRU13 nanti..
nasib baik melayu tenang ada otak..tapi mcm mana melayu tmpat lain. melayu berpecah, cina bersatu.
Tahniah BN....Saya harap....ulamak-ulamak(termasuk Nik Ajis dan Hadi Awang) dan penyokong-penyokong PAS belajar dan menerima Qada dan Qadar daripada Allah S.W.T...jangan mengamuk...Allah S.W.T...tahu mana yang terbaik untuk orang Islam di Malaysia..
Saya melihat undi cina menolak BN bukan kerana mereka percaya atau menyokong DAP. Tetapi mereka yakin selagi mereka jauh dari BN dan nampak menyokong pembangkang semakin banyak yg akan PM Najib berikan pada mereka, mintalah apa sahaja pasti akan PM Najib tunaikan. Hasutlah, cercalah asalkan anda cina pasti terlepas dari tindakan oleh kerajaan pimpinan Najib. Sesungguhnya undi Cina adalah matlamat hidup mati BN pimpinan Najib. Undi Melayu yg membolehkan Najib menjadi PM amat tidak bernilai pada PM Najib. Sebab itu Chua Soi Lek tidak bersungguh2 menarik undi cina kpd BN. Malahan kempen2nya makin menyebabkan org melayu marah. Ini blh dikira tikam belakang kpd UMNO.
salam,
saya berpendapat sama dengan kebanyakan pendapat diatas.
saya pon setuju dengan pandangan2 di atas..jadi persoalan yang kita kene bincang disini ialah bagaimana kita (melayu) nak menjadi kuat? dan bukan bergantung kepada makhluk2 komunis malaya ni?? mari kita renungkan..dan bincangkan..dan mungkin lepas ni bloggers boleh sebarkan apa maklumat atau manfaat yang kita diskusikan..setuju tak??
Post a Comment