31 January, 2011

BN MENANG DI TENANG


Menang! (Foto Berita Harian)


LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. 


Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.


"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
~ Berita Harian

Demikian laporan yang sah dan disahkan oleh akhbar harian Berita Harian Online. Sepatutnya sudah tidak ada lagi pertikaian mengenai PRK ini.  Yang menang telah mendapat haknya dan yang kalah juga mendapat haknya, segaklanya dengan ketentuan Allah belaka. Memang ada desus-desas menyalahkan itu dan ini termasuklah keadaan cuaca dan banjir yang melanda. Apakah Pas tidak fikir jika lebih ramai yang keluar mengundi maka BN akan mendapat kemenangan yang lebih besar lagi? Kenapa perlu berfikir negatif bahawa yang tidak hadir mengundi itu semuanya penyokong Pas?

Jangan kerana tidak pandai menari dikatakan lantai yang tinggi rendah. Terimalah hakikat bahawa pengundi berhak memilih dan menyokong parti yang memerintah kerajaan dengan baik. Pas perlu menukar strategi baru, jan gan lagi menyalahkan orang lain, berhenti dari mencaci dan mencela pemimpin lain, serta jauhkan diri dari DAP dan PKR. Pas boleh menjadi sebuah parti yang disegani andainya mereka tidak berlindung dibawah bayang-bayang DAP dan PKR.

Pas akan lebih disenangi jika ianya benar-benar dipimpin oleh ulamak bukan ularmak dan tok guru bukan tok garu. Tunjukkanlah kebaikan sendiri dan hindari dari menonjolkan keburukan orang lain. Selain UMNO, Pas juga mesti berubah. DAP dan PKR juga mesti berubah kerana generasi baru mempunyai fikiran baru dalam  memerhatikan politik tanahair.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...