Hai, Labu! Buku teks pun kau nak songlap? Hehehe! Labu! Labu
Ini apa punya cerita daaa! Ada ka Cikgu Labu, suama Cikgu Mala pegi songlap buku teks? Apa pun ini aku CnP dari blog papagomo. Baca post sepenuhnya dibawah ini:
Tidak semena-mena Cikgu MAARUF B. ABD MUTALIB menjadi popular dan telah mengegar Malaysia akibat "cuti sakit" kontroversi selama 21 hari.
Cikgu yang dikhabarkan mengajar subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani Tingkatan 1 dan 2 di SMK Tenang Stesyen telah berkhidmat selama 14 tahun di sekolah tersebut sejak tamat maktab pada tahun 1997.
Selain itu, cikgu yang dikhabarkan berasal dari Pulau Pinang ini, bertanggungjawab menguruskan pemberian subsidi kerajaan kepada semua murid-murid iaitu Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah tersebut.
Menjadi seorang guru merupakan amanah besar yang perlu ditunaikan. Kehadiran guru dalam kelas amat penting dan berikutan itu seorang guru hanya diberi 7 hari sahaja Cuti Rehat Khas untuk setahun.
"tersenyum dlm kemurungan"
Melihat kepada situasi Cikgu Maaruf, aku menjadi hairan kerana beliau boleh berkhidmat di sekolah yang sama sejak tamat maktab selama 14 tahun. Aku difahamkan oleh rakan-rakan bahawa seorang guru tidak boleh berada di sekolah yang sama melebihi tempoh 10 tahun.
Oleh yang demikian, berdasarkan masalah yang telah tercipta dan dicipta, aku mencadangkan pada pihak PPD dan JPN supaya cikgu Maaruf boleh atau sepatutnya dipindah ke sekolah lain bagi mengatasi masalah kemurungan yang dihadapinya.
Dengan hak dan kuasa yang ada pada PPD dan JPN untuk memindahkan mana-mana guru yang berkhidmat pada sekolah yang sama melebihi 10 tahun, Cikgu Maaruf perlu dipindahkan segera bagi menolong beliau mengatasi masalah kemurungannya itu.
Aku juga berharap murid-muridnya yang terlibat iaitu di TIngkatan 1 dan 2 dapat mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani dengan lebih rajin supaya tidak ketinggalan jauh berbanding pelajar lain walaupun guru mereka tidak dapat hadir kerana cuti sakit kemurungan dan membantu isterinya berkempen di PRK DUN Tenang.
kedua-duanya kini "menderhakai" dan memarahi kementerian pelajaran.
Akhirnya, aku juga berharap semua murid di SMK Tenang Stesyen telah memperolehi buku teks untuk sesi pembelajaran 2011 walaupun guru yang bertanggungjawab menguruskan buku teks masih bercuti akibat "kemurungan". Jika masih ada murid yang belum menerima buku teks pastinya murid tersebut akan menghadapi masalah pembelajaran. Aku berharap semua itu tak berlaku.
Emel Kiriman Bapa Prihatin Anak Tenang Stesyen
No comments:
Post a Comment