31 January, 2011

KECELARUAN SOKONGAN GARA-GARA BINATANG POLITIK

DAP merayu undi diawal-awal pagi, dimana MCA ketika ini?


{Sambungan dari posting semalam: Keputusan PRK Tenang Gambaran Sokongan Kaum Cina (Klik)}

Saya berada di DUN Tenang, Labis semenjak hari penamaan calon sehingga saat akhir  dihari pengundian. Sejak awal lagi saya menaruh curiga terhadap sikap kaum Cina yang menyembunyikan sokongan mereka. Kita tidak dapat melihat bendera-bendera MCA ataupun BN yang dikibarkan dikediaman mereka seperti waktu-waktu dahulu. Tidak bendera BN dan tidak juga bendera DAP. Mereka memang pandai menyimpan rahsia hati.

Dikala UMNO dan MIC berjuang bertungkus lumus mereka masih leka dan bersahaja. Tidak ada sebarang riak yang dapat memberikan kita pedoman kearah manakah mereka akan berikan sokongan mereka. Saya berjalan-jalan disekitar pekan lama Labis pada suatu pagi dengan tujuan bersenam. Sekitar 7.30 pagi sudah ada sekumpulan perayu undi DAP yang kira-kira 5-6 orang yang menemui semua oengunjung pasar pagi itu. Saya tertanya-tanya didalam hati; Ketika DAP keluar awal-awal pagi tetapi dimana MCA berada? Jentera UMNO pun tidak seawal itu mula bertugas.

Mungkin hanya untuk mengaburi mata UMNO, maka pada saat-saat akhir MCA mengadakan perarakan di sepanjang jalan utama Labis - Segamat.  Mulanya saya menjangka inilah senjata sulit dari MCA, yang menunjukkan sokongannya pada saat akhir, namun bila pengundian dijalankan dan keputusan sudah kita perolehi, sedarlah kita bahawa kita tertipu lagi.

Rupanya kaum Cina memang benar-benar ingin melemahkan kerajaan BN dan bangsa Melayu. Saya menganggapnya satu usaha terancang dan dilakukan di kebanyakan PRK terdahulu. Lihat saja di Ulu Selangor sehingga ke Galas, undi mereka masih terlalu sedikit. Mereka kelihatan seperti meminta terlalu banyak dan memberi terlalu sedikit. Kita sedar bahawa BN masih perlukan undi kaum Cina, namun kita melihat seakan BN dibuli oleh pengundi-pengundi kaum Cina. Sampai bila hendak kita biarkan keadaan ini berlaku?

Seandai undi bangsa Melayu boleh menjadi undi yang padu dan kita boleh berdiri sendiri sudah tentu kaum Cina akan lebih berlembut kerana mereka sedar bahawa dengan atau tanpa mereka kita masih boleh memeggang kuasa. Siapa yang akan kita salahkan?

Siapakah yang lebih dahulu menawarkan itu dan ini untuk kaum ini? Siapa yang inginkan ketuanan Melayu diluputkan? Siapa yang menawarkan PM2 untuk kaum ini jika mereka berkuasa? Dia boleh berkata apa saja, dia boleh berjanji apa saja tanpa peduli akan kemusnahan yang bakal berlaku kerana dia tahu bahawa dia tidak akan mampu penuhi janji-janjinya, yang akan mendapat susah adalah bangsa Melayu yang terpaksa bertungkus lumus mengimbanginya semula.

Siapakah dia itu jika bukan Si-Binatang Politik Anu arr.

1 comment:

Anonymous said...

Ahli MCA dah jadi DAp sekarang ni .Memang tak boleh harap dengan demo ni.Talam dua muka.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...