Mungkin patut ditulis begini: Anjing Di Larang Masuk
Masjid dimana gambar papantanda diatas diambil
1. Saya teringat kepada komen seorang pambaca tentang perangai puak-puak khawarij sewaktu PRK yang sering mencemar masjid dan surau-surau.
2. Semalam secara tidak sengaja saya menemui sebuah papantanda di sebuah masjid yang cuba memberikan amaran bagi menghindari dari dimasuki anjing-anjing.
3. Mungkin juga sudah sampai waktunya pihak berkuasa tempatan mengawal masjid dan surau-surau sepanjang PRK di Kerdau ini nanti. Selain dari itu, pembaca fikirlah sendiri maksud yang tersirat.
4. Bacalah sekali lagi komen dari pembaca yang prihatin terhadap rumah Allah dari dicemari oleh juak-juak politik dari sebelah sana tu.
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.
• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribadat dengan khyusu’.
February 18, 2011 2:34 PM
No comments:
Post a Comment