Ketua dan Ketua Penerangan UMNO Cawangan Kg. Desa Murni
Sebahagian dari AJK UMNO Cawangan
Ketua Wanita UMNO Cawangan
Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kg. Desa Murni dihias indah
Malam semalam sempat saya meninjau persiapan PRK di DUN Kerdau. Saya melalui beberapa kawasan PU dan mendapati jentera-jentera UMNO dicawangan masih sibuk berkerja. Antaranya menghiasi bilik gerakan, memasang banner dan bendera, bahkan ada yang bermesyuarat dan berbincang untuk melakukan sesuatu pembaikan dicawangan masing-masing.
Saya sempat juga berbual dengan Ketua dan beberapa ahli jawatan kuasa UMNO Cawangan Kg. Desa Murni, Kerdau yang baru saja selesai bermesyuarat. Mereka masing-masing memberikan petanda positif dan tetap akan menyokong siapa saja yang dicalonkan nanti.
Janji mereka kepada BN adalah akan memastikan PU Desa Murni akan menang seperti sebelum ini, malahan mereka ingin menambah bilangan undi berbanding PRU12 lalu. Dalam pertemuan itu, saya juga dimaklumkan beberapa program yang telah mereka rancangkan sepanjang kempen PRK DUN Kerdau berlangsung, termasuk yang melibatkan menteri-menteri kabinet.
Selamat berjaya UMNO Kg. Desa Murni. Selamat berjaya UMNO Keseluruhannya. Kita pastikan Kerdau untuk BN.
No comments:
Post a Comment