20 February, 2011

RAHSIA: SIAPA CALON PRK KERDAU?


Memang ramai yang ada keinginan untuk mengetahui siapakah calon PRK bagi DUN Kerdau ini. Pas dan UMNO masih belum lagi membuat pengumumam resmi siapakah calon mereka. Selain itu masih menjadi tandatanya apakah Pas masih akan meletakkan calonnya atau menyerahkan kerusi DUN Kerdau ini kepada rakan kongsinya PKR?

Dari beberapa sumber, jika Pas akan meletakkan calonnya di Kerdau mereka ada 3 pilihan utama, iaitu; Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasaruddin Hassan Tantawi dan Hassanuddin Salim. Manakala dipihak UMNO pula antara nama yang disebut-sebut adalah Syed Ibrahim selain dari beberapa nama lain dari UMNO Bahagian Kerdau sendiri.

PKR jika diberikan peluang bertanding, sudah tentu akan meletakkan Hj. Suhaimi Said sebagai calonnya selain nama Datuk Fauzi Abdul Rahman juga disebut-sebut sebagai berminat untuk bertanding dikerusi berkenaan.

Mungkinkan ada pertandingan 3 penjuru di DUN Kerdau ini kerana ada pihak yang kecewa dan tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan? Segalanya masih menjadi rahsia lagi sehingga kini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

IT"S AWESOME!!)) at the last second of this video THERE IS SUCH A FUN)
http://rutube.ru/tracks/4113820.html?v=e56227a8dc929bd09a41f4b14a05100e

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...