13 February, 2011

CADANG PAS JANGAN TANDING PRK MERLIMAU DAN KERDAU



Dimana-mana ceramah dan peluang berkempen, Pas pasti akan isu kerajaan akan bangkrup kerana berbelanja boros. Itu membazir dan ini membazir. Tetapi bila mereka melakukan perkara yang sama, tidak pula mereka katakan itu membazir. Ooo! jangan hairan kerana itlah sikap tipikal Pas. Sentiasa baik bagi mereka dan sentiasa buruk bagi orang lain. Anugerah Tuhan apa yang mereka terima sehingga mereka merasakan bahawa mereka sebagai umat pilihan...'the coosen ones' ..(?).

Setiap kali berlaku pilihanraya kecil setia kali itu jugalah mereka akan menyebar dakyahnya, antaranya adalah kerajaan berbelanja boros dengan menjanjikan kepada rakyat segala bentuk pembangunan.

Pas telah tewas di Tenang, kini mereka akan menghadapi PRK Merlimau dan Kerdau juga. Apa kata demi perpaduan dan bagi mengelakkan kerajaan berbelanja dan membazirkan duit rakyat, Pas tidak bertanding dan memberikan kemenangan percuma kepada UMNO BN.

Tentu banyak pihak yang akan membantah cadangan ini tetapi saya merasakannya adalah cadangan yang wajar.

Pas memang sukar memenangi mana-mana PRK sama ada di Merlimau atau di Kerau kerana ternyata itu adalah kubu kuat BN. Jika Pas sertai pertandingan itu, tentu akan banyak duit rakyat yang akan Pas belanjakan dan hasilnya tetap juga tidak akan dapat mereka nikmati kerana mereka akan tetap kalah.

Jika Pas tidak memberikan pertandingan ini akan dapat membantu kerajaan UMNO dari mengeluarkan belanja besar kerana mereka tidak terasa dicabar. Ini baru benar-benar menjimatkan perbelanjaan kerajaan. Soalnya apakah Pas sanggup dan ingin melakukan ini?

Oooo, tentu mereka sudah ada fatwa untuk menghalalkan apa yang akan mereka buat...jika bukan memutarkan kata-kata, bukanlah Pas namanya. Heheheh!


1 comment:

Anonymous said...

Puak Fuckatan sebenarnye x kisah pun kalau kalah atau berabih duit utk masuk bertanding PRK walau sedar x blh menang di kawasan mereka bertanding tu. Tp tujuan utama mereka adalah utk tinggalkan BENIH2 FITNAH supaya ada manusia yg berfikiran singkat percaya kepada penipuan mereka.

Lihatlah ape yg terjadi di PRK Tenang tempoh ari, sebelum pilihanraya lagi pemimpin puak bangsa PAS dah terang2 menyatakan mereka tidak boleh menang di DUN tersebut, tetapi mereka tetap meletakkan calon yang kurang berwibawa dan hasilnya calon mereka tu kalah teruk.

Kesan dri itu, mereka tinggalkan fitnah bertubi2 dari kes jenazah org UMNO yg kononnya dibiarkan tanpa diuruskan dgn sempurna, kemudian berlarutan pula kpd kes kononnya calon BN, Tok Ai pernah menganiaya penganut PAS kerana tidak membayar hutang tanah, kemudian dihari terakhir kempen puak PAS cuba menabur FITNAH lagi bila cuba kaitkan Tok Ai dgn pelacur Cina.

Tp rakyat di DUN Tenang lagi mengenali calon BN dgn baik dan majoritinya tidak termakan dgn FITNAH penipuan bangsa PAS tu.

Dan itulah yg bangsa PAS mahu lakukan di DUN Merlimau dan DUN Kerdau nnt, membuat FITNAH, menabur FITNAH dan biarkan FITNAH tu berlarutan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...