21 February, 2011

PRK KERDAU: TUAN IBRAHIM vs. SYED IBRAHIM?


Saya tak dapatlah nak membantu berkempen sebab malu, dia orang dok peringat cerita tentang Hotel Perdana dan kekasih saya Normah tu. Isu saya melesapkan duit Tabung Memali pun dia orang ungkit juga.



Menurut sumber resmi, BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara empat nama yang diserahkan itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau, Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.

Pas pula menyenarai pendekkan tiga nama daripada tujuh nama pada peringkat awal. Mereka adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang, Hassanuddin Salim bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim dari BN.

Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran dalam PRK kali ini. Apapun difahamkan bahawa UMNO BN diramalkan mempunyai peluang yang lebih besar berbanding lawannya. Soal calon tidak timbul sama sekali kerana gelombang sokongan rakyat yang telah kembali semula menyokong UMNO BN semakin jelas terasa.

Ramalan peribadi saya calon yang akn terpilih nanti adalah Syed Ibrahim Syed Ahmad (UMNO/BN) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga sebelum ini dilantik sebagai Pengarah PRK DUN Merlimau. Tuan Ibrahim sepatutnya lebih menumpukan tugas dan tanggungjawabnya kepada PRK Merlimau, namun kerana keinginannya untuk bertanding lebih tinggi maka beliau menolak tugas dan tanggaungjawabnya yang suah dipersetujui sebelum ini. Nampaknya kepentingan peribadi melebihi segalanya.

Ada pihak berpendapat Tuan Ibrahim wajar menolak pencalonan DUN Kerdau sebaliknya fokus kepada tanggungjawabnya di Merlimau dan menyerahkan DUN Kerdau kepada PKR sebagai sifat psesahabatan dan setiakawan antara mereka. Haji Suhaimi Said bahkan Datuk Fauzi sendiri bersedia untuk menerima pencalonan sekiranya Pas lebih bertolak ansur dengan PKR di Kerdau. Ada suara-suara menyatakan PKR Kuala Krau kurang berpuashati dengan Pas yang dianggapnya terlalu tamak untuk berkuasa.

Bagaimanapun ada pihak lain berpendapat Pas lebih rela dimalukan sepanjang siri PRK apabila mencatat kekalahan berturut-turut daripada bertolakansur dengan PKR kerana curiganya atas kemungkinan calon PKR berkenaan akan melompat parti setelah memenangi kerusi berkenaan. Rupanya antara Pas, DAP dan PKR, mereka hanya boleh tidur sebantal namun mempunyai mimpi berlainan. Mereka juga boleh tidur bersama sambil meliwat antara satu sama lain.



5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Salam 1Malaysia.

Marilah kita benam dan kuburkan semua calon hamPAS di DUN Merlimau dan di DUN Kerdau.

Kepada semua bloger pro BN marilah kita sama-sama menyerang calon pembangkang sampai ke lubang cacing.

Hidup BN

Warisan

Anonymous said...

bro us duan @ us ana xpayah 2xlah.ini sema geng totey basah mcm org PAS gak.sok puas berjawab.baik suruh dia main jauh2 merosakan majlis jer.

Anonymous said...

Salam .Susah jugek kalau tuan Syed nak menang kalau dia jadi calon.Seboknye orang tok berapa suka jugek ke dianya ni.Kubur pun dia nok asing asing dari orang bukan Syed.Susohlah esok dia buat kerja untuk orang Syed syed ajelah jugek

Anonymous said...

salam tuan blog,
saya adalah anak tempatan Kerdau yang bertugas di KL. Saya sokong calon Syed Ibrahim dan diadalah calon winnable, dan berperkerti mulia, tidak timbul soal memencil diri dan membanggakan keturunan segala itu adalah fitnah musuh yang sengaja mencipta isu. Mereka boleh jadi dari pihak pembangkang atau bahkan pihak kita sendiri yang cuba chas keting agaknya?

Anonymous said...

kepeh ayang mung...idup pas

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...