25 February, 2011

MALANG SUHAIMI SAID DI DUN KERDAU


Hj Suhaimi ada sokongan sendiri dari kalangan peneroka Felda dan masyrakat Orang Asal


Sebagaimana semua maklum, TS Mhyiddin, TPM telah mengumumkan Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai calon UMNO BN PRK DUN Kerdau. Saya juga telah menyatakan penapat saya tentang calon ini bahawa sahabat saya itu adalah calon 'winnable' dan bahkan juga merupakan calon 'unbeatable' di kerusi DUN Kerdau ini. Semua pihak sangat yakin akan kemenangannya, cuma yang sedang kita usahakan adalah satu kemenangan  dengan majoriti besar.

Banyak pihak menanti-nantikan Tuan Ibrahim Tuan Man akan dicalonkan supaya pertandingan ini akan jadi satu pertandingan yang hampir-hampir seimbang, Secara peribadi saya tidak yakin Tuan Ibrahim ada keinginan untuk dicalonkan kerana beliau juga sudah dapat mengukur kekuatan lawan dan kelemahan mereka disini. Beliau sebagai seorang senior dalam politik sudah tentu tidak mahu memagang rakod kekalahan, terutama jika kekalahan itu dengan majoriti yang besar. 

Selain itu beliau sudah ada kommitmen dengan PRK Merlimau apabila dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya kecil itu. Meninggalkan tanggungjawab itu untuk dicalonkan (dan dikalahkan disini) akan memberikan imej buruk kepada beliau sebagai seorang yang tamakkan kuasa. Justeru, menolak dicalonkan adalah satu tindakan yang terbaik buat beliau bagi menjaga airmuka nya.

Ada pendapat bahawa Nasaruddin Hassan Tantawi akan dicalonkan, saya juga merasakan itu tidak akan berlaku kerana beliau bukan anak tempatan. Bertanding disini tidak memberikan apa-apa kelebihan kepadanya dan beliau juga tetap akan membawa kekalahan kepada Pas selain dari hanya menconteng arang kemukanya. Sangat bijak apabila beliau 'takut' menerima pencalonan itu.

Hasanuddin Salim, sepatutnya juga sudah mengukur siapa dirinya dan siapa calon UMNO BN. Malangnya beliau tidak tahu meihat mukanya dicermin, atau mungkin beliau dengan terpaksa dan berat hati dipaksakan untuk menerima pencalonan seterusnya bersedia untuk dikorbankan oleh kepimpinan didalam Pas. Hasanuddin adalah Ketua Penerangan Pas Pahang dan juga calon bagi kerusi sama dalam PRU12 lalu dimana beliau telah dikalahkan.

Jika saya ingin memberikan pujian kepada calon Pas ini, pujian saya hanyalah kerana beliau seorang yang patuh dan akur keputusan parti untuk dijadikan kambing hitam yang akan dikorbankan sedangkan dalam masa sama beliau sudah tahu bahawa walauapa dan bagaimana cara sekalipun beliau tetap akan dikalahkan lagi nanti.

Keseluruhannya, saya sungguh kecewa dengan kepimpinan Pas pusat yang enggan bertolak ansur dalam meletakkan calonnya dikedua-dua PRK ini. Pas Pahang yang sepatutnya sudah mengukur kekuatan mereka seharusnya memberikan laluan kepada calon PKR dan menumpu kepada PRK di Merlimau, tetapi kerana tamakkan peluang dengan alasan untuk sekadar latihan maka mereka tidak langsung menjaga hati sahabat mereka dengan memberikan laluan untuk dipertandingkan.

Kita faham apa yang ada didalam 'serban' dan kepala pemimpin Pas ini. Mereka tidak mahu memberi peluang kepada PKR dalam PRK ini kerana bimbangkan kerusi berkenaan akan dituntut mereka dalam PRU nanti, selain itu mereka bimbang pengaruh PKR akan menghakiskan pengaruh mereka dikerusi-kerusi berkenaan. Seperti biasa, 'tanduk' sudah mula kelihatan disebalik serban mereka itu.
Saya sangat sedih dan kasihan kepada PKR Kuala Krau. Saya melihat peluang mereka lebih besar dari peluang yang ada pada Pas namun mereka dihalang. Andailah Hj Suhaimi Said dicalonkan, saya percaya sokongan yang akan diterimanya tentulah lebih besar dari yang mampu diraih oleh Pas. Saya juga percaya bahawa Hj Suhaimi juga pasti ada penyokongnya sendiri. Kenapa tidak turut serta dalam pertandingan ini? Sebagai calon bebas? Mana tahu, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung 'Mat Sapu dapat sapu duit Tabung memali', untung 'mat leather king' dapat membenam tropedo dalam-dalam'! Hehehe!

Hampas punya Pas, bagilah peluang calon PKR Hj. Suhaimi Said bertanding kerusi DUN Kerdau ni. Dasar khawarij tamak dan kedekut. Kita lihat apa fatwa haram dan halal Pas semasa PRK Kerdau ini nanti. Kita lihat juga berapa banyak tiket ke syurga akan diberikan percuma oleh wali selipar itu nanti.

Sila rujuk post-post lalu mengenai calon DUN Kerdau.

2 comments:

Anonymous said...

Salam.Elok juga ada calon bebas masuk bertanding. Bagilah pengundi pilihan untuk mengundi.Ni asik setan dgn iblis aje yg bertanding.Tak ada pilihanlah

Ular Menyusur Akar said...

Jangan lupa, Nizar juga orang yang di watikahkan boleh mengeluarkan fatwa.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...