Pas kalah di PRK Tenang dengan cedera yang amat parah. Calonnya tidak akan dapat hidup dengan tenang lagi selepas ini setelah segala peribadinya luar dan dalam dibongkar. Cikgu Mala sudah jadi ayam telanjang yang berak kapor untuk disembelih. Bukan UMNO yang 'membunuh'nya, Pas sendirilah yang mengorbankannya.
Jentera Pas juga kalah teruk. Penceramah-penceramahnya terasa diperkecilkan dan hilang kredebiliti. Jentera medianya yang bertindak menyerang peribadi calon akhirnya tertekan apabila calon mereka pula diserang secara peribadi. Segala doa nya untuk menjahanamkan UMNO berbalik dan menjahanamkan diri mereka sendiri. Mereka menyangka selain dari syurga yang hanyalah milik Pas, Allah juga milik mereka dan akan hanya mendengar doa mereka. Malangnya Allah bukan milik mereka dan tidak memihak kepada mereka.
PRK Merlimau melambai-lambai. PKR dan DAP yang sedar gelombang kebangkitan sokongan terhadaap UMNO sudah dari awal mengelak dari bertanding kerana tidak hendak menerima padah dan dimalukan disamping cuba menjaga reputasi mereka. Tetapi Pas yang masih kemaruk dan gila kuasa merasa bangga dengan parti sahabatnya membiarkannya bertanding.
Pas menyangka kebangkitan rakyat Mesir boleh dijadikan modal untuk mendapat sokongan rakyat kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa rakyat Kelantan juga sudah merasa gelora pemberontakan Mesir itu di negeri Kelantan. Golongan muda Kelantan sudah berubah arah dan menyokong kerajaan. Benar mereka hendakkan syurga, tetapi didunia ini mereka juga hendakkan kemewahan, pembangunan ekonomi dan segalanya yang sudah tidak mampu diberikan oleh Pas selama Nik Aziz dan Pas memerintah Kelantan.
Mereka juga sudah sedar, ketika mereka hanya ditunjukkan kehidupan di syurga, puak-puak dari kroni pemimpin mereka berebut-rebut mendapatkan kehidupan di dunia. Mereka berebut-rebut harta rampasan perang yang tidak diagihkan sama rata dengan rakyat marhaen. Para pemimpin Pas yang nampak alim menunjukkan zuhudnya dihadapan rakyat namun dibelakangnya mereka hidup mewah.
Nik Aziz sudah mula merintis jalan ke PRK Merlimau. Kununnya, sambutan sungguh hangat dari penggundi cina. Tetapi yang kelihatan masih banyak kerusi yang tidak diduduki berbanding para hadirinnya. Wali Selipar ini nampaknya tidak po[ular disana. Dia juga sudah tidak lagi popular di negeri Kelantan sendiri.
Jangan terkejut jika nanti rakyat Kelantan terutama golongan muda akan bangkit dan menolak Nik Aziz sepertimana rakyat Mesir menolak Mubarak. Ekonomi Kelantan yang tidak berkembang seakan-akan sama seperti keadaan rakyat Mesir yang tertindas dibawah kekuasaan Mubarak.
Klik sini, bagi foto dan laporan sekitar ceramah Wali Selipar di Merlimau.
No comments:
Post a Comment