Saya pernah menulis dan memberikan amaran kepada pemimpin Pas supaya jangan mainkan isu pemberontakan di Mesir untuk mencetus pemberontakan dan peralihan kuasa di Malaysia. Kerana keadaan kita sangat nyata berbeza. Disana rakyat tertindas, manakala disini rakyat dan pemimpin pakatan rakyat yang menindas kerajaan.
Bagaimanapun, tetap kedengaran juga para pemimpin Pas dan pembangkang keseluruhannya cuba mainkan isu pemberontakan rakyat Mesir sebagai pencetus pemberontakan di Malaysia. Saya sangat percaya bahawa rakyat di negara kita tidak akan lakukan kebodohan bagitu. Kita telah melihat dan belajar dari sejarah di Iraq, 'kunun' atas nama demokrasi rakyat menolak Saddaam Hussein, akhirnya rakyat tetap menderita oleh tekanan pengaruh asing.
Bagaimanapun, jika ada sebikangan rakyat yang ingin mencuba pemberontakan, maka cubalah di Kelantan kerana rakyat Kelantan ada aasan yang kukuh untuk mengubah kerajaan. Kerajaan dibawah Pas di Kelantan selama ini gagal membawa kehidupan rakyat kepada yang lebih selesa. Pertumbuhan ekonomi negeri juga gagal dibangunkan. Pembangunan kemudahan asas masih kekal pada tahap 30 tahun dahulu lagi. Segalanya kerana pemimpin Pas berpolitik setiap hari, siang dan malam sehingga mengabaikan nasib rubuan rakyat yang memerlukan kehidupan duniawi yang lebih sempurna.
Benar, mereka inginkan syurga dan kehidupan dihari akhirat, tetapi didunia ini mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Mereka sudah tidak tertahan meminum air yang berkeladak sejak 30 tahun lalu. Anak-anak muda Kelantan terpaksa berhijrah keluar negeri termasuk Singapura untuk mencari kehidupan kerana Kelantan gagal memberikan mereka kehidupan yang sempurna. Peluang ekonomi yang ada dikelantan hanya dibolot oleh golongan elit dari kalangan pemimpin saja. Miskinkah anak menantu Nik Aziz? Papa-kedana kah Husam Musa?
Yang kesusahan hanyalah rakyat biasa, sehingga remajanya terpaksa menjual tubuh merata-rata bahkan yang jantannya juga terpaksa menjual bontot mereka. Ini benar-benar terjadi di Kota Bhahru. (Sila klik sini ke blog Papa Gomo) Serambi Mekah sudah jadi serambi 'bermukah', serambi kemaksiatan dan pelacuran. Kita bimbang taraf ekonomi yang rendah di Kelantan akan menjadikan rakyat negeri itu seperti di Thailand dimana remaja lelakinya menjadi 'monk' di kuil-kuil manakala remaja perempuannya menghiasi dinding kaca untuk diperdagangkan maruahnya.
Selamat datang ke Kota Bharu, pintu dan serambi ke Golok. Segalanya ada di Kota Bharu. Lelaki perempuan dan minuman berikutan lesen-lesen minuman keras diluluskan lebih banyak oleh pentadbiran parti 'Isle' Pas. Hehehe!
No comments:
Post a Comment