Suara Anak Pahang - Perlu Baca

24 February, 2011

HANGAT: ADNAN JAWAB TOHMAHAN PAS KELULUSAN SYED IBRAR




Seperti biasalah, puak-puak Pas ni yang merasa mereklah insan pilihan Tuhan akan memperkecil-kecilkan orang lain. Jika dulu mereka mengkafirkan UMNO, kini dalam PRK Kerdau mereka pula memperlekehkan kelulusan calon UMNO, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Apa saja yang orang lain buat akan sentiasa tidak betul pada mereka dan apa yang mereka buat semuanya betul pada anggapannya, bagaimanapun sehingga kini tidak ada apa satupun yang mereka perbuat untuk kita rakyat Malaysia banggakan selain dari memaki hamun dalam ceramah-ceramah politik mereka.

DSD Adnan, MB Pahang menjawab tomahan mengenai kelulusan calon UMNO BN, dan dalam waktu terdekat kita akan cuba dapatkan salinan sijik kelulusan beliau untuk disebarkan. Apa lagi puak khawarij ini hendak lakukan bagi menghancurkan rakyat? Apa lagi yang DAP arahkan kepada mereka untuk mereka lakukan supaya umat Islam Malaysia aka sentiasa berpecah dan tidak bersatu padu?

Cuba kita bayangkan jika Syed Ibrahim ini adalah calon Pas, apakah mereka akan pertikaikan kelulusannya juga? hehehe! Sudah tentu mereka akan angkat Syed Ibrahim ini setinggi langit.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...