22 February, 2011

HANGAT: CALON PRK KERDAU ~ IBRAHIM vs. IBRAHIM ?


Syed Ibrahim Syed Ahmad


Tuan Ibrahim Tuan Man
(Mengangkat kedua belah tangan tanda mengaku kalah)


Desus desas sekeliling hangat menyatakan bahawa bagi PRK DUN Kerdau akan menyaksikan pertandingan yang unik diantara calon Pas dan UMNO. Calon-calon harapan kedua-dua parti itu adalah Ibrahim's.

UMNO diramal meletakkan harapannya yang tinggi menggunung kepada calon muda yang berwibawa dan disenangi ramai terutama pengundi di DUN Kerdau iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pegawai Khas Agama MB Pahang dan beliau adalah lulusan Ijazah Bahasa Arab dari  Universiti Al-Azahar, Mesir. Beliau adalah anak tempatan.

Pas diramalkan akan meletakkan harapan yang hanya tinggal sedikit itu kepada Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Pas Pusat @ Pesuhuhjaya Pas Pahang. Sekadar makluman, beliau bukannya anak tempatan dun kerdau. Banyak pihak berpendapat Pas dalam PRU ini ibarat hanya sekadar ingin melepaskan batuk ditangga, uhuk! uhuk! uhuk!

UMNO akan mengumumkan calonnya sebentar lagi, manakala Pas akan mengumumkan nama calonnya pada hari esok.

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...