20 February, 2011

PRK DUN KERDAU: PAS MASIH KELIRU


Hanya dia ~ Tokoh Penglipurlara Negara



Menurut sumber dari dalaman Pas, sehingga kini Pas masih keliru kerana masih gagal menentukan siapakah calon yang akan mereka pertaruhkan dalam PRK DUN Kerdau nanti. Banyak pertimbangan yang harus mereka fikirkan kerana pertandingan ini juga menentukan maruah dan kesinambungan perjuangan mereka, hidup dan mati parti Pas di bumi bertuah Pahang Darul-Makmur ini.

Melatakkan calon yang telah tewas dalam PRU dahulu, Hassanuddin Salim, Ketua Penerangan Pas Pahang,  adalah ibarat menempa kekalahan sekali lagi kerana secara peribadinya Hassanuddin Salim sudah ditolak oleh pengundi DUN Kerdau. Pas tidak boleh bertanding untuk menerima kekalahan kerana sebelum ini Pas sudah banyak kali dimalukan.  Dari Galas ke Tenang, Pas hanyalah sebuah 'punching bag' dan jadi mainan puak-puak UMNO.

Hendak dipertaruhkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi, beliau bukan anak tempatan Kerdau dan disini pengundinya sangat peka dan memberi respon baik kepada anak tempatan. Tentu pencalonan Nasaruddin akan ditolak juga nanti. Ini akan lebih memalukan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu kelak.

Meletakkan Naib Presiden Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man tentu akan mengucarkacirkan pengurusan  pilihanraya Pas keseluruhannya. Ini kerana Tuan Ibrahim sebelum ini sudah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi DUN Merlimau. Nampak sangat beliau tamakkan kuasa dan jawatan sekiranya beliau menjadi calon DUN Kerdau dan dalam masa sama memegang jawatan Pengarah Pilihanraya DUN Merlimau. 

Jika beliau meletakkan jawatan Pengarah PRK Pas di DUN Merlimau dan menjadi calon di DUN Kerdau, rakyat serta pengikut Pas juga akan merasakan beliau juga seorang yang mengejar nama dan jawatan sedangkan peluangnya untuk menang masih jauh dan belum tentu. Kekalahan beliau kelak bukan saja memalukan Pas keseluruhannya bahkan memalukkan dan mencacatkan ketokohan beliau sendiri di Pahang ini.

Kita sedia maklum bahawa ketika ini adalah gelombang kebangkitan UMNO. UMNO semakin kuat dan dihormati kembali semenjak bberapa PRK terdahulu. Sedangkan Pas semakin mencatat rekod buruknya dengan kalah dalam setian PRK terkini. Pengundi Melayu kelihatan semakin menyatu didalam UMNO. Ini sangat jelas kelihatan kerana ketika sokongan UMNO meningkat ketika itu jugalah sokongan terhadap Pas menurun. Hasrat Pas untuk mengantikan UMNO hanya slogan yang membunuh Pas dengan lebih mudah.

Saya sebagai pemerhati politik bebas melihat, apa yang Pas patut lakukan adalah menyerahkan kerusi DUN Kerdau ini kepada PKR. Disamping perbuatan itu akan menambah rasa persahabatan antara mereka, Pas juga akan dengan mudah menghindari diri dari kekalahan demi kekalahan dalam PRK sambil itu dapat  memberikan tumpuan khusus kepada PRK Merlimau. Kita cuma berharap, Pas tidak akan menjadi 'lebai malang' dalam politik Malaysia.

Yang bermisai itu bukan kucing, yang berjanggut itu bukan kambing, yang berserban itu bukan Benggali....PasPisPus lah tu, huhu!

3 comments:

Anonymous said...

Sokong 100 peratus.

Di Merlimau suruh PKR letak calon dan di Kerdau , PAS bertanding.

Barulah adil namanya..

Nanti kalau kalah teruk pun, sama sama malu...PAS kena bijak..

Kepada PAS, jangan jadi bodoh dan diperbodohkan oleh PKR dan DAP.

Percayalah, sekarang bukan macam PRU 12 dulu..letak calon kayu pun dari parti mana akan menang asalkan dia pembangkang.

Tapi, sekarang...SORRY!!!

anak kerdau said...

salam tuan,
memang benar tu dan saya juga setuju, cuma masalahnya pemimpin Pas ni memang tamak haloba dan tidak ada semangat sepasukan

Anonymous said...

Pun sokong 100%
Kata Pakatan rakyat...tp Pas memang pun tamak...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...