DS Najib membawa pendekatan yang sangat mudah dalam setiap pilihanraya iaitu calon 'Winnable' - calon yang lebih besar peluang untuk menang. Itu sangat wajar kerana apa gunanya kita bertanding dalam satu-satu pilihanraya jika calon yang kita letakkan sudah pasti akan kalah? Perjuangan apakah namanya itu?
Justru, pihak pembangkang perlu guna formula yang sama bagi PRK Kerdau. Calon Pas lalu telah dikalahkan, jadi beliau mestilah dibenamkan saja dan jangan diberikan lagi peluang bertanding kerana pasti rakyat dan pengundi DUN Kerdau akan menolaknya sekali lagi. Parti Pas juga, mengikut beberapa rekod siri PRK seringkali saja dikalahkan, dikalahkan dengan kekalahan yang memalukan dari Galas hingga ke Tenang.
Pas diberikan peluang bertanding di Merlimau sekali lagi, hanya kerana parti-parti PKR dan DAP sudah tidak lagi berani untuk dimalukan oleh kebangkitan rakyat yang kembali menyokong UMNO BN. Bagaimanapun kali ini PKR mesti bertegas dan berani meletakkan calonnya. Siapa lagi jika bukan Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau sendiri, Hj Suhaimi Said merangkap Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR.
Kerana apa Suhaimi? Selain dari beliau Pengerusi Cabang PKR Kuala Krau, beliau ternyata sangat komited dengan perjuangannya terutama dalam memperjuangkan masyarakat Orang Asal dan peneroka Felda. Perjuangan beliau ada landasan yang kukuh. Mungkin penyokong Pas tidak menyukai kenyataan saya ini, namun sebagai seorang yang tidak pernah cenderung kepada mana-mana parti politik, saya lebih melihat kepada kewibawaan calon itu sendiri.
Pas yang mencalonkan Hasannudin Salim, telah tewas dalam PRU lalu dengan hanya mendapat 2520 undi manakala calon BN mendapat 4135 undi. Jelas rakyat di DUN Kerdau menolak Hasanuddin dan Pas juga. Walaupun Hj.Suhaimi Said juga telah tewas dalam PRU di N27 Jenderak dengan hanya 2371 undi manakala Dato Hj. Mohamed Hj Jaafar mendapat 3745 undi namun senarionya tentu berbeza kerana Hj. Suhaimi adalah calon baru di DUN Kerdau dan mewakili parti baru di Kerdau. Kecelaannya masih belum ternampak dan kekuatannya masih belum teruji.
Saya tidak mengenali Hj Suhaimi secara dekat namun sempat mengikuti ceramahnya beberapa kali serta sering membaca idea dan buah fikirannya yang bernas di blog beliau The Spirit of Lubuk Kawah. Memang beliau adalah calon 'winnable' bagi parti pembangkang dalam pertandingan di PRK DUN Kerdau ini.
Cuma, apakah Pas sanggup berlembut hati dengan memberikan laluan kepada calon PKR ini atau masih tetap dengan sikap tamaknya untuk bertanding disetiap tempat dimana ada majoriti bangsa Melayu sebagai meneruskan kesinambungan tugas; memecah belahkan bangsa Melayu.....
No comments:
Post a Comment