Klip video sumber dari blog PahangKu
Saya merasa sungguh terharu apabila membaca dan mendengar klip video di blog PahangKu, dimana YAB DS Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang merakamkan ucapan tahniahnya dan mengikhtiraf para blogger yang berusaha keras berjuang di media sosial bagi mengangkat martabat kerajaan UMNO BN yang dcemarkan oleh pengamal media sosial pro pembangkang sehingga mengakibatkan kekalahan kerajaan dalam PRU yang lalu.
Saya yang sebelum ini banyak mengkritik kerajaan Pahang, sama ada secara halus dan bahkan kasar bagi menyedarkan pemimpin akhirnya dapat menarik nafas lega mendengar kenyataan beliau itu. Saya ingin merakamkan permohonan maaf kepada YAB Menteri Besar secara terbuka disini dan akan berusaha membantu dengan daya dan upaya yang ada.
Bahawa apa yang saya lakukan sebelum ini hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang berkenaan namun kerana tidak adanya sikap ingin berubah dan membetulkan kesilapan maka saya terpaksa melakukannya dengan lebih kasar. Alhamdulillah! Keadaan sudah berubah sekarang ini dan saya menganggap isu terdahulu sudah selesai.
Kepada rakan blogers dari luar Pahang yang akan bersama dalam saf untuk bersama berjuang, saya memohon bakti saudara semua untuk membantu kami bagi memenangkan calon pilihan rakyat dalam PRK DUN Kerdau ini dengan sepenuh keikhlasan. Saya percaya kita mampu membantu UMNO BN untuk berubah seterusnya mengubah rakyat dan negara kearah kemajuan dalam mencapai wawasan negara.
Salam Satu Malaysia! Sila klik ke blog Pahang-Ku dan DUN Kerdau.
No comments:
Post a Comment