27 February, 2011

TAHNIAH KEPADA PAS


Doa Pas yang tidak dimakbulkan Allah kerana 
Pas itu sendiri tidak mendapat keredaan Allah.


Jangan kata Pas tidak melakukan apa-apa, kerana telah banyak kerosakan yang dilakukannya. Ketika semua umat Islam berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam, Pas bersahabat dengan syaitan-syaitan yang direjam itu. Pas ingin gantikan UMNO, tetapi jika UMNO menggantikan Pas, maka sudah tentu 'halal' bagi UMNO merejam Pas yang bersahabat DAP kafir harbi dan bersubahat dengan syaitan yang direjam.

Slogan 'Pas For Aww!' telah berjaya memecahbelahkan undi kaum Cina dan India untuk mengundi mereka dalam melemahkan kerajaan. Kerajaan yang lemah membuatkan kaum-kaum ini semakin naik 'ke kepala', mereka yang diberikan 'betis' sudah 'hendakan peha'.  Selain itu sekali sekala DAP pun memberikan 'peha' nya bahkan menunjukkan apa yang ada dicelah pehanya kepada Pas. Eli Wong mendahului segalanya dan kerana itulah ada ahli muslimah sanggup meratap dan menangis untuk pertahankannya dari meletakkan jawatan dalam satu sidang akhbar.

DAP dan kaum Cina dan India bukan jujur menyokong Pas. Mereka bukan undi Pas kerana nak kuatkan Pas tetapi kerana nak lemahkan kekuasaan bangsa Melayu. Pas bangga kerana rasa mereka berjaya mentarbiah kaum lain dan mendekatkan mereka dengan agama Islam. Tetapi Pas tidak mampu membawa DAP memeluk agama Islam, Pas cuma mampu membuat DAP memeluk Pas, sambil menginai peluang menikam belakang.

Pas kununnya cuba menunjukkan sifat yang mulia dari ajaran Islam, tetapi Pas gagal mendidik pemimpinnya menjiwai sifat mulis Islam itu sendiri. Kerana itu Mat Sapu selain dari ditangkap berduan dengan Normah di Hotel Pedana Kota Bharu, juga berjaya menyapu bersih duit 'Tabung Memali'. Selinsingnya juga berjaya menjadi terkenal dengan skandal sek dengan bini orang yang dibawanya lari tetapi ditangkap berduaan didalam  koc keretapi. Terbaru, Perupuk juga sedang menghadapi tuduhan terlibat dengan skandal namun masih senyap mendiamkan diri.

Islam Pas telah mampu membaca ciri-ciri yang tersangat mulia yang ditunjukkan oleh pemimpinnya. Dalam pemimpin-pemimpin agama lain berusaha mendoakan kebaikan untuk makhluk Allah, tok garu mereka mengajak mendoakan 'pecah perut' kepada pemimpin negara kita. Halal dan haram sentiasa ada pada tangan mereka dan merekalah yang berhak menentukkannya. Kerana itulah 'haram' bagi UMNO dan sentiasa 'halal' bagi apa yang Pas lakukan.

Pas berjaya membuatkan sibodoh merasakan bahawa 'Pas adalah Islam dan Islam adalah Pas'. Pas mampu membuatkan pelajar yang cerdik jadi bodoh dan fanatik. Pas berjaya membuat yang celik jadi buta hatinya. Pas gagal memberikan jaminan kehidupan bahagia didunia tetapi mampu menjamin kahidupan diakhirat yang tidada siapapun layak memberikan jaminan sedemikian.

Pas ingin menggantikan UMNO yang sekular dan menjadi sekular seperti UMNO. Jika kita boleh percaya Pas boleh menggantikan UMNO, kita akan lihat bahawa negeri yang selama ini dipimpin UMNO akan menjadi negeri yang dipimpin Pas. Negeri-negeri yang selama ini maju tentu akan menjadi mundur seperti negeri Kelantan. Kita akan berubah kepada lebih mundur dan lebih miskin. Kita tidak akan diberikan pembangunan tetapi akan dijanjikan syurga.

Kepada pelajar-pelajar yang cerdik tidak dapat diikut dan bodoh tidak dapat diajar, belajarlah mengenali kehidupan. Janganlah merasakan bahawa mereka seorang pelajar maka mereka adalah terpelajar. Belajarlah berterima kasih kepada ibu bapa. Kemudian berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan banyak bantuan yang banyak negara lain tidak mampu memberikannya kepada pelajar-pelajarnya. Segalanya bukan datang bergitu saja dan segalanya bukanlah hak tetapi adalah tanggungjawab.

5 comments:

Anonymous said...

Pehh... terbaik daripada lu bro.
Mampat, padat, likat dan melekat dalam benak dengan sekali baca je. Tahniah bro. Tabik daripada rakyat.

Anonymous said...

Bro. Tak ada gambar lain ke? Asik2 perkara yang sama dari PRK Dun Tenang lagi, Tak ada ideal lain ke??????

bRAVEhEART said...

ada, tapi gambar ni penting supaya kita sematkan dalam hati dan hafalkan doa itu bersama-sama tatkala kita membilang tasbih dijari kita.....

Anonymous said...

BH takkan tak hafal. Orang yang tak kenak tulisan jawi pun dah boleh hafal. Kenapa orang yang cerdik pandai tak boleh hafal lagi ke?. Kalaulah macam tu saya dah tak tau nak kata lagi. Orang luar negara pun boleh hafal

Anonymous said...

Hai bro..hang selalu bilang tasbih ka? Caya lah...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...