Suara Anak Pahang - Perlu Baca

07 February, 2011

BLOGGER: YANG BAIK DAN YANG POPULAR, YANG IDEALIS DAN YANG MUFLIS





Kita sibuk dan khayal berblog. Kita ingin jadi popular. Kita juga sibuk mengejar rating. Kerana itu kita akan buat posting sebanyak mungkin bagi mengejar rating. Jalan mudah CnP, atau lebih zalim adalah jadi blogger penunjuk jalan [dengan hanya menulis.......sila klik sini] untuk ke blog yang dimaksudkan.

Jika mengukur populariti sebagai kayu ukur sesebuah blog, maka sungguh kasihan kepada blogger idealis seperti TDM, Khir Toyo, A.Kadir Jasin, Ridhuan Tee (sekadar menamakan sebahagian) kerana mereka ini tidak mendapat tempat teratas walaupun menulis sesuatu idea yang segar dari minda mereka yang bernas.

Justru harus diingat bahawa blog yang popular bukan bererti yang baik, dan blog yang  baik pula bukan mesti popular. Dalam gelanggang populariti blogger idealis boleh saja kalah kepada blogger muflis @ pencacai. Blog adalah satu dunia asing dan tersendiri dimana semua merasakan bahawa merekalah yang betul, yang terbaik, yang berhak dan segala-gala yang adalah milik mereka.

Kadang-kadang mereka tersesat dah hilang dalam dunia mereka sendiri. Dunia blogger begini sangatlah sempit dan hanya mencakupi ruang sempitnya dan laptopnya dan sebahagian pembacanya yang tidak pernah dikenalinya. Sesekali mereka harus keluar ke alam nyata dan menjadi seorang manusia sebenar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. 
 

6 comments:

Panglima Perang Cyber said...

blogger harus segar dengan berita terbaru dan idea baru.

soal kerap atau tidak terpulang kepad a masa atau idea.

kadang2 ada org ada masa tp tak ada idea dan ada org ada idea tp tak cukup masa


yg pasti masa sgt suntuk utk medan perang yang akan menentukan jatuh atau bangunnya negara.

khasnya umat islam.


harap kita bantu membantu atas niat takwa dan alif ba ta.


tahniah dah mula pakai Black Berry.


moga rakan bloggers yg lain akan turut sama menjejak langkah pro aktif tuan.


salam

bRAVEhEART said...

salam,
terima kasih kunjungan pang5, saya tidak ada apa-apa cuma mengajak rakan-rakan kita berfikir sejenak dan merenung kedalam diri....

Anonymous said...

bro bh

pembaca boleeh menilaikan hasil kerja seseorang blogger itu.dan memahami makna dan dasar apa yang diperjuangkan.jangan mengambil kira yang tidak menjadi keperluan lainnya.mengejar ranking hanya untuk kepuasan diri sendiri dan betulkah berpuas hati dengan hasil dan qualiti.niatkan segalanya hanya untuk pembaca kerana mereka adalah juri yang paling tepat.syabas .teruskan menulis dan memberi kabar terkini.blog ini sudah mendapat tempat dihati pembaca diseluruh malaysia dan luarnya.

bRAVEhEART said...

anon,
terima kasih, saya akan terus menulis kerana adanya pembaca spt sdr, dn sebenarnya saya tk pernah pedulikan ranking pun, tp saya tulis tu utk blogger baru yg tergila2 k ranking

Anonymous said...

Salam Bro BH.

Mengikuti blog tuan selama ini, adalah tuan sesungguhnya punya kelayakan untuk buat posting di atas. Jelas tuan tidak teruja mengejar rating dan populariti berdalam dunia blog ini.

Usah bimbang tuan... pembacamu juga dapat melihat dan menilai.

bRAVEhEART said...

Salam anon 9:01,
Aungguh saya tk kisah psl ranking. Saya pernah berada dalam 50 teratas, saya pernah terkeluar dari 200 dan saya pernah masuk semula. So what? saya masih spt dulu dan akan terus menulis. Satu hal yg saya nak ceritakan pada awal penulisan sekitar akhir 2008, posting awal saya hanya ada 2 atau 3 org pembaca saja sehari, bukankah sekarang sudah terlebih baik dari dulu?

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...