Suara Anak Pahang - Perlu Baca

08 February, 2011

THE MAKING OF 'PAS SATANIC FORCE'.....





Pas ini memang parti syaitan. Nik Aziz sendiri aku bahawa Pas sanggup bekerjasa dengan syaitan. Itu semua orang dah tahu. Di luar negara terutama di negara-negara teluk, Pas membina tenteranya sebagai bekalan untuk hari-hari muka. Mereka ini apabila kembali ke tanahi\air nanti akan menjadikan Pas lebih aggresif, ekstremis dan dapat membentuk militan yang akan perjuangkan Pas.

Kita juga sudah faham bahawa Pas akan ambil segala kesempatan yang ada tanpa mengira kesan yang akan terjadi dari apa yang mereka lakukan. Pada mereka, benar-benar matlamat menghalalkan cara. Mungkin kerana mereka rasakan bahawa Pas itu Islam lalu segala yang mereka lakukan akan halal disisi agama dan disisi Allah juga.

Terbaru, kisah di Mesir bagaimana 'Tentera Syaitan Pas' cuba mengambil alih urusan sukarelawan penyelamat Pelajar Malaysia di Mesir dengan tujuan tertentu. Mereka pertikaikan usaha yang kerajaan lakukan tetapi kita tidak kisah pun akan usaha yang Pas lakukan untuk mereka. Kemana perginya wang yang dihantar oleh Pas ke Mesir? Siapa-siapa saja kah yang mandapat bantuan berkenaan? Jika apa bantuan dari kerajaan mereka akan katakan bahawa mereka ada haknya, tetapi jika datang nya dari pas hanya sesama mereka saja yang menikmatinya.

Apapun, baca dibawah ini yang diangkat dari blog 'rbf online':


Monday, February 7, 2011


Juak Pas Mahu Ambil Alih Tugas Sukarelawan

Sepertimana yang dijanjikan oleh saya siang hari tadi untuk memberitahu kepada anda semua siapakah gerangan mamat dalam gambar diatas (bulatan kuning).

Mamat itu adalah salah satu produk yang dihasilkan oleh kilang Pas di Mesir. Dia terlibat dalam sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir lebih di kenali sebagai PMRAM (pemeram).

Di Mesir PMRAM dikenali sebagai sebuah persatuan yang pro Pas.

Semasa petugas-petugas misi menyelamatkan mereka yang diketuai oleh Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Azeez serta Datuk Seri Shahidan Kasim sedang sibuk bertungkus lumus menguruskan kepulangan para pelajar di Airport Cairo, tiba-tiba mamat itu muncul dan meminta dengan petugas agar urusan mengatur perjalanan pulang pelajar-pelajar diserahkan kepada mereka (PMRAM) kerana katanya mereka lebih tahu tentang pelajar-pelajar dan memberitahu mereka ada loud hailer agar urusan menjadi mudah.

Ketika itu ada seorang pelajar pro Umno sempat memberitahu kepada Datuk Seri Shahidan Kasim agar jangan membenarkan mereka menguruskan para pelajar kerana mereka ada niat jahat.

Sekiranya dibenarkan, mereka akan buat kelam kabut menguruskan para pelajar, kemudian rakan yang lain akan merakam aksi mereka buat kerja. Selepas itu mereka akan masukkan video berkenaan ke dalam you tube dan akan buat cerita kononnya orang-orang yang dihantar oleh kerajaan untuk menolong mereka tidak buat kerja sebaliknya mereka pula yang kena uruskan semuanya. Kalau tak menipu dan memfitnah bukan Pas namanya.

Selepas itu Datuk Seri Shahidan menghampiri mereka dan berkata tak mengapa biar kami uruskan dan bertanya dia berapa biji kamu ada loud hailer. Dia kata ada dua biji. DS Shahidan minta dia bawa loud hailer berkenaan dan nak membelinya sambil berkata kalau kamu ada lima kelima-limanya saya akan beli.

Akhirnya mamat tersebut berlalu pergi sambil tersipu-sipu. Selepas 10-15 minit dia datang balik berjumpa dengan petugas dan berkata ada pelajar yang tak dapat makanan. Lalu dijawab oleh para petugas supaya dia tunjukkan pelajar mana yang tak dapat makanan sambil menunjukkan bungkusan makanan yang berlebihan-lebihan berada dalam khemah..........

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...