07 February, 2011

NIK AZIZ, JIKA BUKAN MURSYIDUR AM PAS, PASTI BELIAU JADI SEPERTI 'AYAH PIN'




Banyak kekeliruan hukum-hakam telah berlaku akibat dari kata-kata Nik Aziz. Sebaik saja beliau menjadi Menteri Besar Kelantan, beliau mengarahkan semua jabatan kerajaan negeri merujuk dirinya sebagai Tuan Guru. Dari situ bermula Pas memperlihatkan bahawa pemimpin mereka adalah tokoh-tokoh agama dan alim ulamak. 

Kerana tidak mampu menaikan taraf ekonomi rakyat negeri Kelantan maka dalam ceramah-ceramah mereka, mereka tekankan kepada mencari kehidupan akhirat. Apabila rakyat dan penduduk kampong merintih merayu memohon kemudahan asas dan menceritakan derita dan kesusahan maka mereka jiwa akan dihiburkan dengan kata-kata;..' itu semua hanya kehidupan didunia saja, kita hendakkan kahidupan akhirat, kehidupan yang kekal abadi.....'

Tetapi dalam masa sama para pemimpin atasan mereka berebut-rebut harta dunia dan mencari kemewahan. Begitu juga pada setiap ceramah, orang-orang kampong bagaikan dihiburkan dengan opera cina, dengan ceramah-ceramah yang menaikan semangat umat Islam, menggambarkan kehidupan akhirat yang indah, menjanjikan perlaksanaan hukum-hukum yang berlandaskan Islam jika mereka memerintah dan dalam masa sama menyumpah seranah para pemimpin UMNO dengan segala macam caci-maki dan fitnah dan umpat keji, akhirnya orang-orang kampong diminta menderma kepada mereka kononnya ke jalan Allah walhal mereka yang mendapat duit berkenaan untuk diri mereka sendiri.

Terlalu banyak fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para 'ularmak' dan 'tok garu-tok garu' Pas ini. Antaranya yang menyebabkan bersembahayang 2 imam di Terengganu, undi Pas masuh syurga undi UMNO masuk neraka, dan terbaru meletakkan darhaj pengundi UMNO sebagai jahiliah di PRK DUN Tenang.

Tanpa kita sedari, Nik Aziz telah membawa banyak orang ke arah kesesatan. Jikalau Nik Aziz bukanlah musyidur am Pas, pasti beliau adalah pemimpin agama yang sesat sepertimana 'ayah pin'

Baca juga blog Pisau.Net (Klik sini)

2 comments:

Unknown said...

ayah pin tak da apa2 ni lebih dari ayah pin...kah..kah...kah.....

bRAVEhEART said...

salam airman_1,
kalau mcm tu, ni Tok Pin lah agaknya?....Tok Garu Tok Pin...

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...