07 February, 2011

ISU DEBAT: NIK AZIZ KECUT DENGAN MOHD NOR DERIS?







Akhbar Sinar Harian edisi Kelantan keluaran 5 Februari 2011 memaparkan tajuk berita 'Nik Aziz Setuju Debat: Satut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah'

Namun selepas itu,Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu membuat kenyataan akhbar yang juga bertarikh sama menyatakan bahawa tidak ada persetujuan NIk Aziz untuk mengadakan debat berkenaan.

Hahahaha! Sejak dari awal saya sudah percaya bahawa Nik Aziz tidak akan berani mengadakan debat berkenaan, bahkan untuk bertemu muka dengan Mohd Nor Deris pun Nik Aziz sudah kecut perut. Tentu ada yang masih ingat pertemuan antara mereka di PRK Galas yang lalu memberikan aib kepada Nik Aziz selaku MB Kelantan.

Rupanya orang tuan ini kalah badi dengan Mohd Nor Deris, mungkin menyebut nama Mohd Nor Deris pun mulutnya sudah terketar-ketar. Ini baru buku bertemu ruas.

Saya CnP kenyataan SU Akhbar MB Kelantan sepenuhnya dibawah ini yang saya dapati dari blog 'Blog List Malaysia';



1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita “NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah.”

2. Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.


3. Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.


4. Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.

5. Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,

 
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 05 Februari 2011

No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...