07 February, 2011

CINA TETAP TIDAK SOKONG BN





PRK DUN Tenang telah selesai. BN telah memenanginya atau lebih jelas adalah UMNO telah memenangnya. Kemenangan UMNO adalah kemenangan Melayu manakala kemenangan Melayu adalah juga kemenangan Islam.

Walaupun undi Pas tidak menyebelahi UMNO yang Melayu da Islam ini, namun UMNO tetap menang dengan sokongan undi Melayu kebanyakannya daripada peneroka Felda. Saya pernah menulis dan bertanyakan dimana MCA pada ketika DAP berkempen diawal-awal pagi di pekan lama Labis? Saya juga pernah menyatakan selama saya disana saya tidak melihat adanya mana-mana bendera parti yang dikibarkan oleh cina disana bagi menyatakan sokongan mereka.Seperti saya katakan dulu, undi kaum cina di Labis sungguh rahsia.

Berdasarkan dari keputusan PRK berkenaan kita dapat melihat bahawa undi kaum cina masih idak memihak kepada BN sedangkan sebelum mereka 'mengugut' kerajaan untuk tidak mengundi BN sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sila baca sebahagian tulisan Dr. Ridhuan Tee yang saya CnP dibawah ini:

Ketika kempen pilihan raya tersebut berlangsung, Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Johor, Hua Zong, yang turut disokong oleh MCA, memberi kata dua kepada kerajaan supaya membuka semula Sekolah Menengah Persendirian Cina di Segamat. Jika tidak, orang Cina akan beralih arah atau tidak mengundi BN. Ugutan ini seolah-olah menampakkan selama ini mereka mengundi BN. Apakah benar?  (Klik ke blog Ridhuan Tee)


Sejak dari PRU 2008 sudah jelas bahawa kaum cina hanya mempermainkan BN dengan menjadikan undi mereka sebagai taruhan dalam jual beli dan ugutan mereka. Lihat di Ulu Selangor? Apa yang mereka dapat dari tidak mengundi BN sedangkan bangsa Melayu yang bermati-matian pertahankan UMNO / BN tidak mendapat sebanyak apa yang mereka dapat.

Orang Melayu sepatutnya berfikir lebih bijak dan jangan biarkan kita dipermainkan oleh kaum ini. Saya percaya bahawa PM juga didalam keadaan sukar membuat keputusan kerana terlalu banyak perkara yang terpaksa diperhalusi termasuk desakan-desakan dari berbagai kaum.

Cuma, andainya undi Melayu dapat disatukan dan jadi sebagai satu unti yang 'solid' maka tentu lebih mudah bagi  PM mengenepikan segala tuntutan dari kaum cina yang lebih merupakan kepentingan kaum mereka sendiri sahaja.

Soalnya, apakah Pas mahu membawa saki-baki bangsa Melayu yang menyertai Pas untuk bersatu dan menjadi satu suara yang kuat dan gagah dan memperjuangkan hak-hak serta kepentingan bangsa melayu dan Islam? Atau Pas hanya berperanan sebagai pemecah-belah bangsa Melayu tanpa mereka sedari dan menjadi alat kepada konspirasi kaum lain?

Saya percaya bahawa BN tidak akan mendapat undi kaum cina sampai bila-bila melainkan apabila mereka sudah melihat ada penyatuan didalam bangsa Melayu dan kita sudah boleh berdiri tanpa mengira mereka menyokong kita  atau sebaliknya. Pada ketika itu, barulah mereka akan kembali menyokong BN kerana tidak mahu disingkirkan.

Tidak banyak beza antara kaum cina ini dengan yahudi sebenarnya! Saya cuma berharap agar PM akan bertegas dengan tidak meletakkan calon MCA dikawasan-kawasan yang majoritinya bangsa Melayu supaya kita tidak terus diperbodohkan selamanya.


1 comment:

tungkaran hati said...

pilihanraya akan datang akan menyaksikan undi orang melayu hanya untuk orang melayu dikawasan majoriti melayu....! perlukah calon bukan melayu diletakan dikawasan majoriti melayu? kepada pemimpin melayu BN janganlah menjadi seorang yang bangang!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...