07 February, 2011

SKANDAL SEKS PUTERI UMNO ?





Jika benar dakwaan Abbas Ahmad yang mengatakan bahawa Pemangku Penolong Pegawai Daerah Semporna, Nursih Nusuri menjalinkan ‘Cinta Terlarang’ dengan Ketua Puteri UMNO Semporna, merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Haji Kalipunya; saya mencabar agar Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin agar memecat Zakiah yang telah menconteng arang ke muka Puteri UMNO.


Sebagai Ahli Puteri UMNO Semporna, saya dihujani dengan pelbagai soalan kerana Ketua Puteri kami terjebak dengan Skandal Seks dengan suami orang sedangkan beliau adalah Pegawai Insolvensi dan pasangannya seorang Pegawai Kerajaan, ekoran isu ini dibicarakan secara terbuka di laman web sosial, facebook.


Sehubungan itu, kami mencabar Zakiah Kalipunya, agar menyaman Abbas Ahmad dan Sabahkini.net jika berita yang dipaparkan langsung tidak berasas; namun jika benar, beliau hendaklah meletakkan jawatan................ (Sabahkini)


Sabahkini menerjah Puteri UMNO  secara umumnya. Kasihan kepada lain-lain ahli Puteri UMNO, kerana seekor kerbau, semuanya habis terpalit atau kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Kita tidak pasti sama ada kenyataan Sabahkini itu benar ataupun hanya tohmahan semata-mata, namun perbuatannya yang melibatkan keseluruhan ahli Puteri UMNO adalah tidak wajar sama sekali. Apakah agenda terembunyi Sabahkini masih menjadi rahsia tapi kita pasti mereka ada sesuatu yang sedang direncanakan disebalik tohmahan itu.

Saya cuma ingin bertanya, apakah kesalah yang dilakukan oleh hanya seorang ahli Puteri UMNO maka keseluruhan ahli Puteri harus menerima hukumannya? Bagaimana kalau kita buatkan perbandingan dengan kes Zina ADUN Selinsing dan menganggap kesemua ADUN dari Parti Pas runtuh moralnya kerana melakukan perkara sama sedangkan mereka tidak? Sudah tentu tidak wajar!

Semoga Sabahkini dapat berlaku adik kepada semua orang dengan pertimbangan sebaik mungkin.





No comments:

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...