06 February, 2011

PAS HARUS MEMBENDUNG AGAR KEKACAUAN DI MESIR TIDAK MENCETUS KEKACAUAN DI KELANTAN PULA


Kebelakangan ini Pas memang sudah sinonim sabagai kumpulan ekstrem dengan tindakan-tindakan mereka terutama apabila bersama PKR yang terkenal sebagai pen demo jalanan



Mursyidul Am Pas, Nik Aziz menyifatkan kekacauan yang berlaku di Mesir bukan berpunca dari rakyat, sebaliknya ia mungkin kesan kegegalan kepimpinan di negara itu. Sebelum itu, dalam ceramah mingguan, Nik Aziz berkata, Hosni Mubarak sudah lama mengekang rakyat dengan corak pemerintahan kukubesinya.

Kita cuma bimbang cetusan dari pemberontakan di Mesir itu akan memberikan ilham kepada rakyat Kelantan untuk memberontak kepada kepimpinan Pas yang sudah sekian lama namun masih tidak mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyatnya.

Jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia ini, nyata bahawa Kelantan dan penduduk Kelantan masih didalam keadaan yang dhaif. Kemudahan dan pembangunan masih belum cukup terbina buat rakyat semua. Bahkan kerajaan negeri juga masih belum mampu menyelesaikan masalah bekalan air bersih termasuklah di Kota Baharu sendiri.

Ketidakpuasan hati beginilah yang mungkin mampu mencetus kekacauan. Mujur juga anak-anak muda Kelantan masih mampu berhijrah ke negeri-negeri lain termasuk Selangor dan Singapura untuk membangunkan ekonomi mereka sendiri kerana kerajaan negeri tidak mampu membuka peluang pekerjaan dan ekonomi untuk rakyatnya.

Kerasaan Pas Kelantan harus berusaha melakukan sesuatu supaya gelombang pemberontakan di Mesir itu tidak akan menular dan tumbuh di Kelantan pula.

2 comments:

anak johor said...

patut anak muda dari Kelantan yang diluar negeri balik dan melakukan pemberontakan supaya pucuk pimpinan Kelantan boleh bertukar dan negeri akan jadi lebih maju

nuriman said...

Assalamualaikum...saya anak johor jati...sepatutnya sebg hamba Allah kita perlu brsyukur dgn ape yg ade...bkn menghasut ke arah kejahatan dn brbuat kerja bodoh...sungguhpun rakyat ktan trpinggir dr segi pembangunan ekonominya tp dr segi sahsiah dan ilmu agamanya trsangtlahhhh tingginya...pemimpinnya SubhanAllah adalah pmimpin yg mengikut quran dn sunah spt yg disarankan Rasulullah saw...jika hidup brlandsaskan harta saja susahlah...org beriman ni lain mkn sekadar ape yg ade(zuhud)..inilah ahli2 syurga...bukannya hidup ini semata2 utk dunia shj...akhirat lebih utama!!!

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...